Wednesday, December 28, 2011

just for fun.

...assalamualaikum...

aku ada try something yang best. actually benda neh dah lama. and aku baru tau!!!wahhhh ketinggalan sungguh la kan. 

ada 1 website neh dia akan create a story for us. bukan love story oke. haha. but a good story. konon nyer kita neh orang yang hebat ada layak terima anugerah. nampak sangat real. haha

oke. here some picture yang aku pause pastu print screen



patot nyer aku letak Malaysia. haha. but kedah pon bolehh la ye



and about the video. aku dah boh link dia. sila click untuk melihat ke'real'an video neh. kui kui kui  
    

 kalau nak try. just for fun. nak release stress suma tu. gi la website neh. 
selamat mencuba dan ber'perasan' buat seketika. hahaha

Saturday, December 24, 2011

haiiyakkk!!

...assalamualaikum...

haiiyakkk!!!
dh siap process data yang aku silap process tu. phewww~~
bunyi kelegaan. alhamdulillah

data lidar yang aku operate *operate lah sangat* seminggu aku boleh siap kan dlm ms 1 malam. kekeke *gelak running man*

nasib baik dah ada coordinate suma tu. so aku just pilih which block aku nk. tak dak la buang masa macam aritu.


here. ni contoh data digital elevation model (dem) from satellite. kalau from lidar lagi la dia zoom in. nampak sangat tak menarik. apa kebenda nie hah?? if aku tak amek remote sensing sumpah tak tau. each point dalam image neh contain a position and height information. so bole ditukarkan ke 3D. usually yang hitam tu indicate low area, while cerah tu hilly or high area. then from dem aku boleh turn it to slope information. like the picture below neh.



lagi la macam ulat. haha. dari slope kita boleh kaji the earth features and sangat berguna nak kaji banjir dan rancang sistem pengairan. sebab kita bole predict flow direction. tak sangka ye gamba ulat neh berguna. haha. nak rancang aktiviti menyelamat sangat memerlukan data dem. lagi accurate data lagi senang nak rancang acara menyelamat. sebagai contoh, if air naik 2 meter, kita bole predict which area akan banjir. prediction neh akan di buat kat 3D image. baru la real beb. HEHE.  pastu boleh la agak which area will be affected. pastu kuarkan notis or alarm penduduk untuk berjaga jaga or pindah buat sementara waktu. sometime we can't save our belongings but we can plan to save life. 

motif aku post entry neh??saja nak habaq apa remote sensing boleh buat. HAHA. kat malaysia baru nak bertatih nak apply remote sensing technology. and alhamdulillah, after 11 years kerajaan dah wujudkan 1 jabatan juru geospatial. a millions thanks to our lecturers yang dok p meeting sana sini, dok fight fight nak bagi ada jabatan neh. so after neh budak budak remote sensing tak yah bergantung kat sector swasta dah. and sometimes we can be remote samseng team. jangan memain. kikiki. =)   

Tuesday, December 20, 2011

minta kepada yang ikhlas

...assalamualaikum...

just a simple update before aku tidoq. the truth is banyak benda lately neh did make my heart hurt. dah train to be a heartless young lady but sometimes im failed.

moral of the story, minta lah kepada yang ikhlas membantu. bila dah minta tapi banyak sangat alasan, stop it. tak payah minta dah. sebab it will turn out sakit hati yang amat sangat.

sumpah aku dah tak minta apa apa dah pasneh. 

insya'Allah ramai lagi yang ingin membantu. =) 

Saturday, December 17, 2011

bolehkah aku??

...assalamualaikum...






Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute',
 Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat,

Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang',


Kecantikan wanita tidak bererti andai tiada iman, taqwa dan ilmu padanya. Tariklah perhatian Allah, bukan menarik perhatian lelaki yang tidak halal bagi kamu (:


bolehkah aku jadi macam neh? mampukah aku? the truth is, it is so hard to be a good muslimah. but the harder we try, more pahala we will gain. menjadi wanita yang mahal is my biggest aim. mahal bukan bererti sombong. tapi nak jadi yang mahal so at the end it worth to buy it. benda mahal selalu nyer berkualiti. tiba tiba rasa malu dengan diri sendiri. 

"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."
 

Wednesday, December 14, 2011

alhamdulillah

...assalamualaikum...

alhamdulillah syukur Ya Allah. pagi neh sambil sambil buat writing thesis aku tergerak hati nak g check balance fees for this semester. dengan harapan bantuan kewangan from utm dah di approve kan. aku tak pernah cita about this before. actually dekat utm ada tabung bantuan kewangan for student extend yang memang dah tiada penaja. means ptptn dah tamat kontrak dan sebagainya. bantuan dia tak la banyak tapi up to rm1000. aku cuba apply and alhamdulillah dapat rm1000 dan dipotong terus yuran pengajian. from rm1971.00 dah berkurang menjadi rm971.00. 

still banyak. but harus bersyukur. kalau nak bayar semua nyer sendiri agak berat. almost rm2000 tu yuran untuk sem neh. yuran paling banyak sepanjang pengajian di utm. =,=




actually benda yang dia potong tu memang yang dia charge dan aku jarang guna. so at least tak la emo sangat bila nak bayar yuran kan. yang belom di bayar yuran hostel and utm professional course (upc). upc neh la wajib diambil dan baru sem neh di apply kat suma student undergraduate. klau tak ambil tak bole grad. =,=

agak agak ada tak yang nak tolong bayarkan balance yuran tu??hehehe.

berita ini membuatkan aku bersemangat nak siap kan suma benda. syukur Ya Allah. =)

Sunday, December 11, 2011

hehe

...assalamualaikum...

aku ada extra class. wajib hadir. kalau tak hadir tak bole grad. kejam kan utm. niat murni utm dikenal pasti. tapi timing sangat tak baik. dan aku tiada mood nak g. but. hehe. hehe. gelak gateiii. 

tiba tiba rasa nak flirt flirt dalam kelas itu tuu tuuu. haha. tak tau la budak mana. baru jumpa. tak tau nama. tak tau which faculty he came from. just usha usha begitu sahaja. at least ada sebab aku nak attend that class. kah kah kah. 

its normal kan? kan? 

and the best thing is. he did notice me too. kuikuikui *bertukar jd kucing malu2*

tapi dah ada orang spoil kan perasaan itu. adehh. kejamm nyerr.

naim mu kejamm!!!its not the perfect timing for that joke.

tapi takpa la. aku tak rugi pon. good looking doesn't means he got a good manners. so no stars for him. indah di luar tak semestinya indah di dalam.

and terdengar lagu dekat blog alin. and tersuka pula kat lagu tu. 


agak sedap di dengar. nice lyrics. but to whom should i dedicate this song?? dekat sapa sapa ja lah. enjoyyyyy~~  

Friday, December 9, 2011

bantal baru

...assalamualaikum...

just came back from jj. 2 3 hari neh asik membeli la. release tension la konon kan. haha. bak kata cik kiddy shopping therapy. ya ya agak berkesan. tapi tak bole di amalkan selalu. klau kaya xpa. amal la. tak beli apa pon. just beli bantal. abeh la. pasneh keja aku tidoq ja. then aku realize. aku ada persama ngan ji hyo. kami kuat tidoq. haha

kah kah kah. sila percaya dia species kuat tidoq macam aku. hehe. but dia sangat cantik. nak compare dengan aku memang macam langit dan bumi la. tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini: dia kuat tidoq macam aku. kehkehkeh.

semalam aku g johor premium outlets (JPO). memang tempat orang kaya ja neh. suma brand ada. cari apa pon. burberry, versace, dolce n gabbana, coach suma2 branded item la. discount up to 70% but the price still above rm500. gila kan?? and aku end up kat padini ja. tu ja yang aku mampu nak shopping bagai. kat parking lot aku tengok depan belakang kiri kanan perghhh bmw, mercedes. kereta orang kaya. terasa kerdil gila diri ini. haha. tapi tak nyesal g. bole tengok orang orang kaya shopping hand bag harga rm1000.


and before aku menulis entry ini, aku ada pass by a page. then i found the good doa for girl to practice. doa apakah itu??doa mencari jodoh bagi mereka yang masih single macam aku. hehehe. since dah jumpa eloklah dikongsikan. iye dak?


click kat image untuk bagi lagi besar so senang la nak baca. amal amalkan lah. hopefully kita semua ditemukan dengan jodoh yang baik baik. kita hanya merancang. Allah juga yang menentukan. pray and pray cause Allah always listen. =)

Sunday, December 4, 2011

a reward for me version 2

...assalamualaikum...

aim nak tengok breaking dawn and ombak rindu berjaya. kuikuikui. pueh hati dah aihh. *sengeh sampai telinga* tapi breaking dawn part 2 khabar nyer tahun depan bulan 12 baru nak sambung balik. arghhh lambat lagi tu. tak sabaq kot nk tengok anak bella ngan edward. comelll!!and bella already turn into a vampire. mata merah. wahh tatottt la. haha. actually aku memang peminat twilight. so mai p lah jalan cita macam mana pon, aku akan cakap best. jadi, jangan terpengaruh dengan aku. haha
 
for ombak rindu bagi aku best. tapi since aku dah baca novel dia before neh agak frust la. make sense la kan. combine 3 novel truih opkos la kena ada scene yang harus di potong. biro ngn wawa pueh hati. sebab depa tak baca novel. but scene atas katil tu tak bubuh pon takpa. 

there are few funny things happened masa tengok movie ombak rindu. first kami masuk lewat 15 minit. then aku notice ramai gila la peminat ombak rindu. sebelah biro ada 2 orang pompuan. dok komen komen itu tak kena, ini tak kena, lepas neh jadi apa. memang bising la. si biro neh nak concentrate tengok movie pon tak bole. aku selamat la sebab dok tengah between wawa ngan biro. memang bole focus la. then aku dengar biro kata "kak, kak, diam sikit bole tak??saya nak tengak movie neh". hahaha. betapa biro minat sampai p sound orang. 

motif dia emo sebab dia sebenar nyer ngah membayangkan dia adalah maya karin. hahahahaha. sumpah aku tak bole terima. kalau dia assume dia aaron aziz memang normal la kan. aku ngan wawa sakit perot gelak kat dia. haishh la mohammad biro. macam macam. 

     
agak berbaloi baloi kalau p tengok pon. tak rugi. tapi lagi berbaloi kalau tak pernah baca novel asal. and one more thing, aku rasa lisa tak sesuai untuk watak mila even dia memang berusaha buat yang terbaik. and maya superb. aaron aziz??aku tak minat. haha~

Thursday, December 1, 2011

a reward for me

...assalamualaikum...

its been an ages aku dok mengadap laptop. mengarang dan mengarang. just to fulfill the requirement to finish undergraduate level. owhhh..otak sangat penat. penat berfikir. penat menjaga hati. agak penat since aku adalah minoriti dan masuk ke kumpulan majoriti. but a good experience actually. before neh asik ngan golongan sendiri. so right now im thinking out of box. ehm maybe. haha.

reward for my self today. aku berbekam!! tak dak la banyak tempat. tapi kat kepala. 
asik pening. 
hampir setiap hari kepala berdenyut. 
dan rasa nyer sangat lega. 
bila mengarang dah tak berdenyut. 
alhamdulillah. 

ini adalah cubaan kedua berbekam semenjak 2 tahun yang lalu. yang tinggal sekarang adalah rasa pedih kena cucuk ngn jarum. sebenar nyer nk try dekat belakang kepala. means cukur rambut sket. pastu bekam kat situ. itu adalah kawasan yang sangat effective untuk hilangkan sakit kepala. tapi masih belom yakin untuk cukur rambut walaupon sikit ja pon nak kena cukur. haha.

actually aku agak emo ngan sesuatu. for example. kita tumpang kereta orang. bila dah sampai kita tunggu tuan kereta turun dulu dan bergerak sekali or kita terus menonong pergi dan tinggalkan tuan kereta sendirian?? mana rasa hormat kita dekat tuan kereta tu?? benda neh bagi aku bad mood selama 2 hari. aku ditinggalkan sendirian sampai rasa im i their driver's?? maybe aku rasa macam tu sebab terlalu penat. ehmm maybe.

done saying silly things. its better continue doing my writing. i doing this for my family. just to make them proud. dan buat depa rasa semua penat lelah berbayar through my achievement. insya'Allah. 

benda lain takmo pikiaq. membesarkan benda yang kecik just not my way. =)   

Saturday, November 26, 2011

salam tahun baru. =)

...assalamualaikum...

salam tahun baru semua.
new year, new chapter n the new me.. insya'Allah..
semoga tercapai semua hajat yang diimpikan.*ayat a bit skema kan?*kalau tak dapat tu cuba lagi. insya'Allah dapat. mungkin Allah simpan dulu sebab belom tiba masa nyer lagi. atau mungkin kita belom bersedia dengan hajat yang kita minta tu. hehe.
jangan lupa baca doa akhir tahun hijrah ye. baca doa nie pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. baca doa neh beberapa minit sebelom masuk waktu maghrib

maksud doa: 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
bila dah selesai solat maghrib baca la pula doa awal tahun hijrah. fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan dan Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindungi kita daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.baca doa neh bila dah selesai semayang maghrib sebanyak 3 kali. 
maksud doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.  
sumber disini ya. 
semoga tahun baru kita diberkati Allah. dan azam tahun baru aku, nak grad!!!murah rezeki cepat dapat keja. doakan kejayaan aku. insya'Allah sem neh sem last aku sebagai undergraduate student. amin. 
 

Thursday, November 24, 2011

settle.

...assalamualaikum...

just came back from hospital sultanah aminah, jb. ramai gila orang. macam ulat taik. haha. aku pas reference letter doctor yang incharge aku kt hospital sultan abdul halim, sp kat kuanter. ingat bole jumpa my new doctor hari nie. tunggu punya tunggu. dia panggil nama. tak bole jumpa doctor pon. just set an appointment ja. ce teka bila??
.
.
.
1.3.2012!!!
.
.
.
tediaaaa. tahun depan nu. lama gila. jenuh nak tunggu. alamat nyer memang aku tak p dah la. haha. 

tengok la macam mana. tahun depan punya cita. tahun depan la pikir kan? sekarang takmo pikir lagi. buat cepat lapaq ja. haha

baik aku p hospital sultan abdul halim ja. sebab tahun depan kan. hehe. 

Sunday, November 20, 2011

finally, she's married!!

...assalamualaikum...

happy + bahagia + sedikit sedih. reason aku sedikit sedih sebab aku tak dak masa one of my besties get married. even masa nikah aritu dan masa kenduri nanti. reason aku tak dak aku jauh di selatan, plus tinggal 6 minggu macam tu untuk aku habiskan semester neh. means will finish up my degree level or people said my undergraduate period. owhhh tak sabar nyer. busy dengan assignment and project antara factor aku tak bole attend her wedding. wuaaaa sedeh nyer. 

jom cuci mata tengok gambar nikah dia. =)

 


nak g nikah. muka berseri nyaaa!!!
muka nebes. nebes la sangat mak cik neh. haha. depan masjid. 


best picture!!banyak banyak gambar, nie yang aku suka. syukur alhamdulillah suma dah selamat. tahniah ummi.




segak sungguh aih mak cik neh. orang tua tua cakap seri pengantin. hehe. macam pelakon bollywood pon ada aku tengok. whatever it is, im soooo happy for you darling. and sorry sangat sangat sebab aku tak dak on your special day. 

p/s: tiba tiba rasa nk kawen jugak! haha. *sambil ketok pala* jangan dok berangan. perabeh degree dulu. pastu baru cari calon. hehe. ehmm. calon pon tak dak. so tak yah nak berangan lebih lebih. -_-

Thursday, November 17, 2011

hadiah terbaik

...assalamualaikum...


hadiah terBAIK dari cik psm dan cik dip3.
.
.
.
.
.
.
.
.
jerawat di hidung dan dagu. (-.-)'


result: hidung besar gila, dagu sakit!!nk pakai tudung pon susah.



terima kasik cik psm dan cik dip3. hadiah anda sangat aku hargai. 

Tuesday, November 15, 2011

berasap telinga

...assalamualaikum...

apa rasa nyer ya klau bole stay kat oversea??aritu g hong kong kejap je. so tak bole la nak explore their culture. cup! rasa nyer macam tiada icon or symbol that can represeant the real hong kong. i mean there is no traditional lifestyle at there. correct me if im wrong. lain la kalau g china. korea. japan. besides hong kong's environment lebih kurang malaysia jugak. tak banyak perbezaan. but their technology are impressive. dan yang best shopping!!!!shopping sampai pengsan. haha. dan hong kong ada disney land. yeayy!

actually agak berasap telinga aku bila dok jalan jalan dalam facebook then notice someone status. tak salah nak bangga dok oversea. tapi kalau nak kondem lebih lebih pada aku tak wajar. p belajar kat sana guna doet kerajaan, kerja sana, get married, dah tak keja. bagi aku sangat a waste. tapi klau dok sana diam diam much better kot. tapi jangan la dok compare suma benda dengan malaysia. dari dok compare compare better wak balik apa yang bagus sangat kat sana dan applied kat malaysia. itu baru orang kata membalas balik jasa. 

for example: 

first time nie aku balik malaysia naik airasia. sapa sapa yang penah naik airasia ce kongsi pengalaman. seat dia oke x??ke nak kena bawak naik febreez skali sembur kt seat dia??ntah2 kat malaysia pon xdak febreez. haha 

erlowwwww~~~klau dah takot sangat jangan la naik airasia. naik la mas airlines or other flight yang sewaktu dgn nyer. and one more thing. malaysia dah maju la. setakat febreez tu becambah haihhh. 

berapikan semangat cintakan negara sendiri??hehe. memang la seronok duduk oversea. bak kata pepatah. hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri, baik lagi negara sendiri. betol ke tak pepatah neh?? lebih kurang la kan.

tapi lecturer aku suruh kejar hujan emas kat negara orang dalu. bila dah kaya balik la malaysia. jangan lupa wak balik apa yang hebat sangat kat sana. apply kat sini. means yang positive la. kikiki. 

oke telinga dah tak berasap dah. tata~

Tuesday, November 8, 2011

salam aidiladha semua

...assalamualaikum...

selamat hari raya. maaf zahir batin. rasa macam buat ucapan raya puasa pulak. hehe. persetankan semua itu. kihkihkih. minta maaf hari hari pon tidak mengapa. dosa sesama manusia lagi berat dari dosa dengan Allah. sesungguh nyer Allah itu maha pengampun lagi maha penyanyang. sampaikan ada para ulama mengatakan teruskanlah amalan sunatmu jika yakin tiada hati yang pernah engkau sakiti. wowww! lagi sekali mintak ampun semua. =)

actually i have something to share. copy paste from my friend's facebook. like people said, sharing is caring. 

"Nabi nabi dan Rasul rasul berkorban untuk menyebarkan dakwah dan syariat islam, para2 sahabat berkorban dan diseksa demi mempertahankan agama islam mereka, TAPI umat islam masa kini sanggup mengorbankan agama islam demi kepentingan diri sendiri" (petikan khutbah aidil adha, Wallahu'alam)

"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu...Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri...Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah...Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN..." - Imam Hasan al-Basri
  
im know some people who read this might feel irritating towards me. tapi...semua orang layak berdakwah as long as they used the right language and approach to convey their preach. wei different people different approaches. that's the beauty of human Allah has created. =)

Wednesday, November 2, 2011

phewwww~~

...assalamualaikum...

phewww~~ bunyi kelegaan. alhamdulillah. minggu yang busy se busy nyer baru berakhir. rasa macam nak teriak 50 round ja minggu neh. keja skolah ada dua ja tu tak terasuk projek tapi rasa macam ada 50. aigooo. dengan dugaan tak dak air. bangun bangun pagi kalut nak p presentation air takdak!!!ya Allah memang kalut aku pusing 1 blok cari air. gila ka nak p class, presentation plak tu tak mandi??kalau stakat nak g class aku still bole pejam mata tak mandi. tapi sebab ada presentation. NO!!

minggu neh 2 malam berturut turut tak tido malam.  arghhhh memang mati sel otak. nak kena minum susu baby hat mahai tu dah rasa nyer. friso gold ka, anmum essential ka yang ada DHA++ tu. bagi sel otak berkembang balik. kekeke. pastu dengan takdak air. klau ada pon macam chipsmore. sat ada sat takdak. then black out!!!yeahh terbaik!


kesian project aku. terabai. konpom supervisor aku tercari cari mana la budak neh. mau kena wat notis who found this girl will be rewarded kot kan. baru aku p jumpa dia. haha. ampun cik sam ampun


haaa dalam dok super duper busy aku dan lagi p stadium baru utm. lawa gila. rasa macam masuk stadium shah alam dah. pasneh tak yah kalut kalut nak p stadium jauh jauh. utm pon dah ada. p sana dengan niat nak jogging. tapi sempat la snap a few pictures. 



dari jauh nampak sangat smart. blame my camera resolution. tak mampu nak bagi cantik lagi. sobs! mula mula tengak. wuaaaaaa~~*gaya perak gang running man. haha* sangat cantik



 dalam stadium. cantik kan??kan kan kan??haha. nie guna panorama method. yang ada 3 frame pastu amek gambar joint skali. di sebabkan tak pandai nak cari match point inilah hasil nyer. tak perfectly match. adehh. jom p tengok kolam renang pulak. 







tadaa!!!budak budak laki class aku dah p rasmi dah sem lepas. masuk berenang malam malam pak guard tak dak. aku tak reti berenang. so tengok  ja la. not officially rasmi lagi. so budak budak utm ja la baru tengok. tunggu utm buat press conference majlis perasmian nanti. insya'Allah masuk paper. hehe. 


malam besok balik kedah. yaeyyy!!rindu nyer rumah. =)

Sunday, October 23, 2011

serabutlahh!

...assalamualaikum...




menyampah bila dapat aseimen susah gila. menyampah bila dah dapat solution tapi still tak bole nak proceed. reason??software tak bole nak install masuk laptop.


mengada betol la. windows vista takmo. windows 7 pon takmo. nak windows xp ja. dah pasang work station yang bercirikan windows xp dekat windows vista and 7 pon takmo jugak. laptop aku windows xp, tapi tak bole install erdas 8.6 sebab penah install tapi ter'uninstall'. technician lab g tuka computer names sebab nak install software lain. so, software tu tak kenal directory dia terus tak bole guna. 


tensen neh. and its not good for health. argghhh tak suka tak suka!! the only way nk install, format laptop. gila la. nak guna skali. untuk lab neh. and mark given only 1. tak berbaloi. 


susah la bila deal ngan software neh. siyes susah. =,='

Wednesday, October 19, 2011

a thounsand years




i have died everyday waiting for you
darling dont be afraid 
i have loved you for a thousand years

And all along I believed I would find you  
Time has brought your heart to me  
I have loved you for a thousand years
i have loved you for a thousand more


actually this is a soundtrack for twilight saga: breaking down movie. first time dengar teros jatuh cinta to this song. membuatkan aku sangat excited nak tengok movie ni. never miss the episode before. tapi tak tau nk tengok ngan sapa. usually dating with my girlfriends syoo, ummu and fatin. kadang kadang nanad join skali. owhh i miss them so damn much. but this time macam tak bole nak dating bersama since this movie officially  launching on 18th nov'11. tak tau waktu apa. waktu US ka, Hong Kong ka, Korea ka or Malaysia. haha. and that time aku dekat jb. tak cuti. ottoke??
 
 
never mind. lambat lagi. nanti aku goda sapa sapa lah. kekekeke*gelak gaya running man* 

Tuesday, October 18, 2011

akhirnya!!!

...assalamualaikum...

yeahhh!!akhir nyer enpon LG dh bole 3G. suka suka suka.*orang lain dah lama ber '3G' la. jangan dok syiok sangat* tp sayang nyer front camera tak bole guna. nt orang bole tengok aku, aku tak bole tengok orang sebab kena guna back camera. maybe sebab time shipping aritu berlaku gegaran. cause my front camera malfunction. owhhh sayang nyer.

opss! lupa bagitau. im already used celcom biz plan. so, those who used it too, do tell me oke. bole calling calling. sebab dapat 50 jam masa berbual free every month. tapi jangan risau, number lama pon aku masih guna. =) 

Monday, October 17, 2011

kenapa kena guna tajuk macam tu??

...assalamualaikum...

balik from dinner muka happy. hati senang. sebab perot kenyang. burpp alhamdulillah. masuk masuk bilik. buka lampu disambut riang sang ikan ikan dalam aquarium. dari gaya renangan aku tau depa lapaq gila. haha.

penat melayan kerenah perot lapaq ikan ikan, aku semayang maghrib and after that on lappy dan activity mengadap muka buku pon bermula. 

layan punya layan then aku notice 1 link di share kt fb. to tell the truth is. aku tak penah amek port dlm mana mana isu politik. even isu hukum hudud. tak mo komen banyak. aku sangat tak pueh hati ngan tajuk link tu. ya ya negara tu nak amal kan sistem hukum hudud, sangat bagus. dan aku respect sangat.

tapi dalam banyak banyak masa kenapa sekarang??kebetulan mungkin. dan aku tak suka gila tajuk link tu. tak suka tak suka tak suka. "lebih takot laknat Allah". aku rasa macam ada udang di sebalik mee. tolong la jangan buat tajuk macam tu. sebab selama neh pon negara tu tak pernah amal kan. BARU nak amalkan. tulis ja la kami ingin berubah ke arah yang lebih baik dan di redhai Allah. haaa itu kan lebik bagus.

tapi kita harus menyokong niat murni mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan. Malaysia one day maybe. Insya'Allah. since this coming 13th December 2011 agung baru dilantik, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bakal membawa perubahan besar dan positve dalam sejarah perundangan Malaysia. Insya'Allah. sesungguhnya kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. =)  


p/s: aku tulis apa yang aku rasa. takmo gaduh ngan sapa sapa. since ini adalah blog, bukan fb. hehe

Saturday, October 15, 2011

keberkatan yaasiin (dr. fatma elzahraa)

...assalamualaikum...

ha nie la benda berilmiah yang aku nak share kan tu. since article nyer dah ada depan mata. niat perlu di teruskan. takot nanti dah malas. hehe. nie hasil ringkasan dari pembacaan aku. =)

ayat 1 -9
untuk keselamatan diri. 

ayat 9 
bagi orang jahat tak nampak kita, especially orang kafir. 
lindungi rumah dari pencuri. baca dan tiup di tiap tiap penjuru rumah

ayat 12
jantung Yaasiin. Rasullullah s.a.w berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat

ayat 22-23
untuk menjaga akidah memberi hidayah kepada anak


ayat 29
sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. nak tutup mulut orang yang selalu cakap benda tak elok pasal kita


ayat 30
untuk keinsafan. supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. harus sentiasa berada di hati. means, kena hafal dan amalkan selalu

ayat 33-35
elok diamalkan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. insya'Allah tanaman akan subur


ayat 36
elok diamalkan bagi sesiapa yang belom berkahwin supaya dipertemukan jodoh. caranya, baca dan berdoa, hembus dan sapu dekat muka sebelom keluar rumah. 

cara lagi satu: tiup 7 kali dalam tangan, dan sapukan ke muka pada pagi hari.
kata ya Wadud 3x. =)


ayat 37
untuk menetapkan aqidah diri sendiri. hati yang kering akan hidup semula. insya'Allah


ayat 58
merupakan salam kepada Allah. jika sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. ulang sebanyak 3 kali. juga baik untuk selesema. insya'Allah mujarab. =)


ayat 76
dibaca untuk mententeramkan hati dari fitnah orang. juga, jika hati terasa sedih, sebak dan keciwa, sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.


ayat 78 dan 79
bagus untuk sakit tulang, urat dan tulang patah. 


ayat 82
untuk hajat. jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. di baca pada air dan minum selama 40 hari. boleh menjadi penawar. kalau air dah habis belom sampai 40 hari, ulang balik bacaan tersebut. means buat yang baru.


lebih baik: sembahyang tahajud 3x, baca pada air 100x dan berdoa apa saja.



untuk perlindungan diri dan rumah semasa tido

baca ayat 9
alfatihah
3 qul 3x
ayat kursi




sepatot nyer aku share malam jumaat. ampun ampun sebab article tertinggal dalam kereta. tadi masa nak kuar dari kereta cepat cepat amek. selamat beramal. kepada sesiapa nak cari jodoh, baca la ayat 36. aku dah boh color merah lagi tu. hehe  










Friday, October 14, 2011

astafirullahhalazim

...assalamualaikum...









actually nak post benda lain. benda berilmiah sebenar nyer. 
tapi article tu tertingggal dalam kereta. 
so terjumpa yang ini. terpost la yang ini. hehehe.
from this quote, paham paham sendiri la.
takot nak sembang lebih lebih. 

ahhh. jodoh di tangan Allah la.
dah sampai masa, jumpa la kan??cewahhhh~~
so, tak payah nak bebankan otak for something yang tak pasti. 
kurang satu dosa kan?
bebanan dosa lain pon dah bercampah. 
astafirullahhalazim... 


Nobody is sinless but I pray to Allah to help me sin LESS! Ameen.

Thursday, October 13, 2011

good morning morning morning. =)

...assalamualaikum...

good morning. i mean very early good morning. phewww. awal kan pagi neh. sebab tertido pukul 9 malam. terjaga pukul 1.30 pagi. end up aku xbole tido sampai sekarang. 

jaga dari tido terus g amek baju kat tempat mesin basuh baju. motif basuh baju ngan mesin dengan harapan baju tu cepat kering. sekarang JB asik hujan. basuh baju ngan tangan alamat nyer baju aku busuk sebab lambat kering. tapi, aku sangat keciwa. mesin basuh tu gagal nak keringkan baju aku. meaning, water still dropping masa aku kuarkan baju dari mesin. arghhh!!!*tiba tiba tensen. haha*

dok mengadap encik PSM. tengok tengok data. pilih pilih area. susun susun tajuk kecik. dok fikir which tajuk yang reliable and make sense and important. 

tiba tiba rasa macam dh malas nk sambung master. dengan kadar kemalasan yang ada sekarang. tapi.......

Sunday, October 9, 2011

funny things did happened to everyone.

...assalamualaikum...

its true that funny things always happened. even sekali seumur hidup. tapi dalam hidup aku boleh dikatakan setiap hari. konpom aku akan buat benda sampai people surrounded me gelak macam nak pecah perut. 

lets cut it short. straight to the point la kan. 

tadi dok siap siap nak anta cik ten balik kdse. sembang punya sembang aku tak sedar pintu keta tutup tak rapat. aku just warning syai ja. soh dia tutup pintu belah dia. bila enjin keta dah panas. pengembaraan pon bermula. 

undur keta macam biasa. sampai kat satu selekoh, aku dengar tayar keta bergesir ngan pasir sangat kuat. gaya macam tayar keta pancit. sumpah aku ingat tayar keta pancit. pastu rasa macam open air nyer keta dan aku dengar bunyi persekitaran clearly. 

sedar sedar pintu keta terbuka. sangat luas. pintu satria kan besar. imagine betapa kalut nyer aku time tu. dengan muncul keta lain dari arah bertentangan secara tiba tiba. pastu nak tutup tangan tak sampai. then aku realize keta nak langgar tembok tepi jalan. 

nasib baik otak aku cepat berfikir *sedikit bangga. ahaks!* tekan clash, break, baru tutup pintu keta. memang sakit perot aku gelak time tu. dah la time tu ramai dekat foyer depan blok. orang dalam keta yang nak langgar aku tadi pon dok renggah gelak. dok dalam keta + tengah jalan about 10 minutes sebab masing masing tak bole nak stop gelak. then baru syai g check, about 1cm ja lagi aku nak langgar tembok jalan. hahaha. lawak gila.

tak pernah lagi aku drive pintu keta tak tutup rapat rapat. memang jadi pengajaran. nasib baik keta baru gerak. slow. so, tak apa yang jadi sebab still bole control. alhamdulillah.

p/s: enjin keta tak mati pon. hehehe 

Friday, October 7, 2011

abandon

...assalamualaikum...


rasa macam terabai
padahal maybe orang tak perasan sebab tu tak bagi respon

tak yah la nak sensitip sangat
cepat betol la hati nak terasa

tak suka
pasneh jangan nak kalut hal orang

senang kan??

Monday, October 3, 2011

roses!!

...assalamualaikum..





lately neh aku agak obses dengan bunga ros. tadi g nursery ingat nak beli pokok biasa biasa ja. tapi bila tengok pokok ros neh terus jatuh cinta dekat dia pastu terbeli. opss terbeli la sangat kan. haha. 

ros putih, kuning, pink aku dah penah dapat dah. ros merah belom lagi. haha. sapa la nak bagi ros merah kat aku??*wondering sat*. klau dapat jangan wisau ramai panel dok beratur nak soal selidik aku nanti. hehe. 

meriah dah bilik neh. ikan ada. bunga ada. bole buat taman rekreasi dah kan. sapa nak masuk singgit. hahaha



ehmmm. nanti aku konvo nak request ros merah bole??hehe

 

Saturday, October 1, 2011

all in one

...assalamualaikum...


rasa macam dah lama aku tak update blog. aritu bukan main kan hari hari nak update. laptop tumpang pon tumpang la. janji bole update. sekarang malas pulak. adehh. lately neh agak buzy. dengan class. presentation. see baru 2 minggu stat dah ada presentaion. *sigh*

dia buat dah. lab satu dah kuar. as expected kami kena construct 3D image. dan group aku kena guna helmet as 3D object. adoii doii doiii~~~mampos. memang disaster hidup aku selagi lab neh tak siap. remote sensing person tak payah amek gambaq jarak dekat pastu contruct 3D image. remote sensing person amek gambar jarak jauh which means used satellite images, perform 3D analysis through stereo model pastu generate DEM. kalau tak paham p google. dan benda neh sangat la dot dot dot. paham paham sendiri la kan. sebenar nyer aku pon tak tahu nak tulis apa sebab tu tulis dot dot dot ja. haha

enough with that stuff. membebel banyak banyak pon tak mungkin settle. hehe. aku dah dapat bilik. yeayyy!!opss alhamdulillah. dah tak merempat lagi dah. syukur syukur. ada bilik air sendiri, balkoni sendiri. single. tak ada roommate. aku dah buat grooming kat bilik neh from this


into this

 
bangun bangun tidoq rasa macam dekat taman bunga. haha. aku decor guna bunga konvo aritu. thanks tu alisa, azie sebab hadiahkan aku bunga even masa aku belom tiba lagi. sangat terharu. sebab sayang bunga bunga tu aku lekat kat dinding bilik. ilham from ecah. biaq dia kering macam tu. cantik pon cantik. hehe. haaaa aku ada kawan baru. now let me introduce you with my new mates. 

 nie image paling oke aku rasa. insyaallah memang takkan ada yang nampak isi dalam aquarium tu. haha. jumlah suma ikan dalam tu 21 ekor. tapi sekor dah syahid. sebab terlibih excited melawat kawasan baru, sampai terjun atas lantai. aku tak perasan, bila dah sedar terkojong keras atas lantai. kesian. ampun ya ikan. tapi bukan salah aku. keh keh keh.

abes tu sekarang tugas aku dok depan aquarium kira cukup tak ikan ikan neh. klau tak kena cari sampai jumpa. adehh. dah ada tugas baru la pulak kan. hehe. 

besar kan aquarium tu. besar gila. mula mula letak aku risau takot jatuh. tapi tengok dah stabil. insyaallah tak jatuh. doakan aquarium tu selamat sampai abes sem. amin. thanks to the aquarium owner sebab dah tak mo bela ikan dah. due tu kesibukan yang melampau plus nak melayan  awek dia obviously not me, the aquarium belong to me. dah bertukar hak milik ye. suka suka suka. =)  

Tuesday, September 20, 2011

this is what i want.

...assalamualaikum...


the truth is aku copy paste this entry from my friend's blog. no need to change and edit what she had wrote. because all i want to say already stated there.


dear my future husband which i dont know who,


I need you to make me want to learn about Islam. I need you to take me to the Mosque when i don’t feel like it, bring me beautiful prayer rugs to make me want to pray, read me suras from the Qur’an so that i can understand this beautiful religion that i feel like i have been shirking for such a long time. I need you to do this because i want to be there for you in Jannah waiting by that big beautiful gate with my hand reaching for yours. I want to be able to tell our children what an amazing man you are and how you saved my life in more ways than i can count on both hands. I want to tell our little girl that Islam is extraordinary when you have the right man helping you understand it. So when our daughters grow up and search for their own husbands, they will ask the Good Lord to find a man like you. To find their own helpers in this world. Because that’s what we do on this planet. We find our spouses that help us better ourselves in every way possible and when we do find that special someone, all we can do is look up to the sky and thank God for this person who we don’t deserve but somehow have gotten to share the rest of our blessed lives with. :)  




1st class rasa sangat takot.

...assalamualaikum...


as expected. selayak nyer aku rasa nebes. and i prepared for it. but i did notice something. he changed. a lot!!dear Prof Mazlan. tolong la jadi baik macam hari ini untuk sepanjang semester. ya ya you used sarcastic words as we all expected, sometime too annoying. but im blessed.  being with you for 4 semesters did make me the strongest person. and i can handle all the hardest moment. alhamdulillah.

Saturday, September 17, 2011

ku sanggup kerna ku mahu

...assalamualaikum...


jangan tertipu dengan tajuk itu. tu lirik lagu. saja nak menaip. budak budak tu g berjalan raya. tenang sikit hidup aku. hahaha. ari neh tak larat nak join. rasa lemah ja satu badan. 



oke. tujuk entry tu lirik lagu neh. rasa best lagu neh. tapi video clip dia sumpah hancur. lawak gila band neh perform. opss band ke??ka group??ntah apa apa ja la kan. janji ada yang paham.

tangan kaki suma nak gerak. kaki keja nak hentak hentak ja. jari kena main petik petik. tak lenguh ke??hehehe. 

muka sekor sekor ekpresi lain lain. hahaha. ada sorang tu muka cam lee kwang soo. yang rambut panjang ada janggut tu. tengok video clip neh terus ingat reality show running man. sebab ada kwang soo. hahaha. 

biasa la tu. 1st video clip. nebes lagi. =)