Thursday, April 28, 2011

cinta mati *copy and paste amalan mulia* HAHA

aku sgt ska bc blog junior aku srg neh. dia sgt kreatif dlm mengekspresskan rs hati. xkisah la bab hati, perasaan, rs xpueh ati, bla bla bla..bila baca sgt enjoy. so, aku nk copy tros paste kt entry arineh. edit pon sket2 ja kot. main idea 100% from her blog.because it suit me =)
 
Dalam hati, aku berdoa semoga dia adalah cinta mati aku. for sure i dont know who.

Dia yang soleh. Sebab aku nie tak berapa nak solehah lagi. Aku perlu dia untuk jadi ketua aku, bimbing aku untuk sama sama cari keredhaan-Nya. Boleh kan? Hah. Muslimah sangat ayat aku. Tapi betullah, aku cukup kekurangan serba serbi dan aku perlukan dia untuk menjadi pelengkap hidup aku yang kekurangan nie. Oh rocky rockyah aku nie pun, aku nak lelaki yang baik jugak untuk diri sendiri. Kalau semua perempuan jahat kena kawen dengan lelaki jahat, lahirlah pulak anak Adam double jahat nanti. Cemana? Lelaki baik, saya nie tak berapa nak baik. Kalau awak baik kan, boleh la eh terima saya seadanya? Jangan risau, jahat jahat saya pun insyaAllah saya tak buli laki sendiri. saya janji oke ^_^

Dia yang penyabar. Aku nie manusia lembut + keras. Terlalu. Maksudnya, sama ada aku akan jadi manusia paling lembut hati atau paling keras hati dan dua dua memerlukan kesabaran dia yang tinggi. Kalau saya nak merajuk, awak kena sabar paling lama sepuluh minit untuk pujuk saya. Tak susah pun lah. Cuma kena kerap bersabarlah kot? Boleh kan kan? lg 1, saya neh makan sgt la lambat. kalau awak teman saya makan sila bersabar ye. jgn bosan layan saya makan beserta bercakap. 2 in 1. maybe sbb tu saya makan lambat. tp awak kena layan jugak. ^,^

Dia yang tegas. Okay, tegas tau! Bukan kaki pukul. Aku nie japg kalau kena pukul takut respect yg ada ilang tros. Dia perlu tegas sebab aku bukan manusia berdisiplin. Tapi kalau nak tegas dengan aku, bukan dengan cara menjerit jerit yang macam koman kat tengah padang kawad. Kalau dia cakap slow slow pun aku dah boleh dengar cakap. Aku sangat menurut perintah. Tambah tambah kalau dia orang yang aku hormat. Aku tak pekak sebab aku pegang pada prinsip, biar muka tak cantik telinga jangan pekak. A'ah. Saya tak cantik. Nak perempuan cantik, awak pergi cari orang lain tapi saya tak jaminlah dia tak pekak. HAHAHAHAHA :D

Dia yang aku tunggu untuk melengkapkan aku dan dia yang aku tunggu untuk jadi pelengkapnya. Semoga bertemu nanti, aku + dia bila? itu aku xpasti. :)

Dia kena banyak duit sebab aku species cepat lapar!
 
 
 
dear-awak-yang-saya-x-pasti-lg-siapa please generate ur sabar banyak2 oke. =)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment