Saturday, May 28, 2011

takot nyer nak bersalin!!!!

...assalamualaikum...



pelik tak tengok tajuk entry aku??tajuk entry tak membawa makna aku dah tak sabar nak kawen. HAHA.


tapi siyes dulu dulu aku ingat pregnant tu best. tambah tambah ada suami kat sisi. family sendiri ada selalu teman, family mentua skali kawan kawan. tapi petang semalam aku g hospital, lawat mak teh sebab dia dah nak bersalin.dalam hati aku berbisik "awal nyer" sebab sepatut nyer due 20 jun tapi semalam tumpah darah dalam jumlah yang sangat banyak. pak teh aku panic tros anta g hospital. kesian aku tengok mak teh aku. 


dia admit round 4 pm 26 may and doctor bagi dia makan sampai pukul 12 malam ja after that she must fasting. suppose to be dia deliver baby secara normal, tapi sebab uri dia dah bawah sangat, plus case dia tumpah darah, plus baby tiba tiba tak bergerak in a few minutes pastu baru gerak balik, tapi tak active sangat, doctor takot baby dia lemas then decide nak operate a.k.a caesarian.

tapi the problem is, doctor tu tak konpomkan bila mak teh aku boleh deliver baby dia. bole bayang tak, dia kena puasa start dari pukul 12 malam 27 hb, aku g petang tu dia still tak deliver lagi and stil puasa. meaning dia puasa lebih dari 12 jam!!!nak minum pon depa tak bagi...ya Allah how could they treat their patient like this. mak teh aku mengandung kot. agak agak la nak suruh dia puasa pon. kalau setakat dia sorang takpa weh. nie dia pon makan untuk 2 perot. bila dah decide nak suruh dia puasa, tolong la make sure dia deliver on time or on schedule. kita puasa separuh hari di bulan ramadhan pon letih, nie kan pula orang mengandung. more than 12 hours??gila weh.


nie antara kelemahan bila bersalin dekat hospital kerajaan. tak ada niat nak kondem gomen dan mengagungkan hospital swasta, tapi management sangat worse. pastu sebelah katil mak teh aku akak tu baru pas bersalin, operate gak. bole nurse tu p kejut soh dia kemas katil sendiri  selepas 5 jam cmtu kot after deliver baby???gila wehh gila!!!please have some mercy. dia nak dukung menyusu anak dia pon tak larat lagi, ni kan pula nak kemas katil. kalau p swasta, pad pon nurse tolong pakaikan. 


pastu mak aku cakap, akan datang, kalau ada duit lebih dan mampu nak bayar bill bersalin dekat hospital swasta, better g sana ja. bukan nak berlagak, tapi nak avoid case macam mak teh aku neh. seksa weh. dia nk becakap pon seksa sebab takdak tenaga.


tiba tiba aku terbayangkan masa depan. macam mana la turn aku nanti. normal or lagi worse dari mak teh aku. bila dok fikir fikir aku jadi takot. dah la setiap kali mengadung kita akan hilang 10 tahun muda. erkk faham tak hilang 10 tahun muda??maksud aku, kita akan nampak tua 10 tahun dari usia sebenar. kesahihan info neh aku tak berapa pasti. tapi kalau ikot logic tu ada la betol nyer. sebab sel sel kita akan ikot kuar skali time bersalin. dalam islam kita panggil darah nifas. plus uri. noted: darah nifas dan uri adalah dua benda berbeza


besar sungguh pengorbanan golongan ibu. banyak benda dia kena korbankan just nak make sure anak anak dia selamat melihat dunia. pas dah selamat, tugas mendidik yang Allah amanahkan kat mak ayah perlu dipikul supaya anak anak menjadi manusia berguna dan beramal soleh. silap didik buruk akibat nyer. tiba tiba aku takot nak ada anak. ehmm~~~

Tuesday, May 24, 2011

si gemok+si montel+si kecik = my darling baby

...assalamualaikum..


entry before neh aku penah mention pasal si gemok si montel si kecik aku kan??budak neh aku panggil dia GEMOK..hehe..takpe dia tak paham lagi maksud gemok tu apa. so memang takde hurt felling la. keh3~ actually aku tak tau berat sebenar dia berapa kilo. tapi yang pasti umor dia tak sampai 2 tahun lagi. 



 dari pandangan sisi..haha





 besar tak botol susu dia??HEHE




 dia ingt aku main cuk cak dengan dia..tu yang kepala senget abes..HAHA


 kusyuk tengok wonder pets!*ade aku kot dalam tu..hehe*


muka tak penah nak senyum time amek gambaq..adehh~


sila imagine bila dia buat perangai kat parkson tak nak bejalan, duduk atas lantai sebab ayu rampas lolipop dia??sakit pinggang kalau nak dukung. berat dia lagi dari aku..hahaha




sihat sebelum sakit or sakit sebelum sihat??

...assalamualaikum...


hurmmm.. separuh hari aku bertapa kt hospital pantai sebab teman rhuee. dalam hati dok berdoa mintak mintak semua selamat. biaq bagi demam biasa ja. konon konon sambutan mesra cuaca malaysia kepada rhuee yang dah lama tak balik malaysia. 3 tahun kat tempat orang sampai badan dah tak boleh detect cuaca negara sendiri. HEHE. alhamdulillah doa aku dimakbulkan. dia just demam biasa tapi dari mata kasar aku yang memang tak dak background medic neh, simply said cronik la jugak. makan tak lalu, muntah muntah, sakit tulang belakang rasa cam kena cucuk dengan jarum, pedih hulu hati hampedu segala bagai sampai nak bernafas pon siksa. kesian aku tengok. mula mula g hospital kerajaan, doktor wat blood test sebab suspek denggi tetapi doktor tu tak reti nak wat keputusan sebulat suara, then decide suruh rhuee datang balik the next day. which mean today and re-do the blood test. macam bengong gak sebab nak detect denggi kena wat blood test sampai 2 kali. buang masa oke!dan buang darah!!!

while dok tunggu giliran nak jumpa doctor lagi skali *30 orang nk jumpa doctor yang sama dan kami orang ke 31*, ayah call suruh g amek surat panel kat office and direct tros jumpa specialist kat hospital pantai. alhamdulillah allah memudahkan urusan kami hari neh.

bila g hospital swasta dan direct jumpa specialist, layanan dia sangat superb. doctor cakap pon kita dengar tak sakit hati. nurse pon keja senyum ja. haa mau tak senyum, aku tatau la berapa hospital tu nak charge dalam bill nanti. lets say


consultancy + service + blood test + ubat = rm 300++.


aku rasa nie pon dh kira murah dah kot. maybe lagi mahal. naseb baik company tempat ayah keja support the whole family and tak dak limit umur. selagi ayah aku kerja kat situ, hospitality di tanggung. alhamdulillah. dah jimat banyak dah tu. sekarang susah nak cari company yang support hospitality satu family. selalu nyer pekerja dia ja yang dia support.

gambaq sebelum dan selepas sakit. rambut panjang menjadi botak. hehe



doctor nak amek darah nk buat blood test. punya la takut jarum genggam tangan sampai pucat. keh3~


perghhh...tak dapat aku nak bayangkan 10 tahun akan datang. taraf hidup semakin hari semakin meningkat. kalau gaji cukup cukup makan ja nak cover duit ubat pon tak cukup kot. tu pon baru demam, kalau besalin??lagi la mahai..penyakit chronic lain??UNDEFINED!!!


tu tak termasuk benda lain lagi. so, kalau boleh nanti nak keja tanya dulu company tu cover hospitality pekerja dia ja or satu family. klau banyak company offer keja dalam masa yang sama tu dikira advantages la. bole la nak demand sket. kepada calon suami di luar sana *baget dah ada la..haha* sila bersiap sedia menghadapi hari mendatang. money is not everything but money is one of the most important thing to create happiness. tak dak duit pon susah jugak.





Sunday, May 22, 2011

home sweet home

...assalamualaikum...


agak lama aku tak update blog. actually dah 5 hari aku sampai rumah. owhhh home sweet home.HEHE. betolak dari utm kol 12 tengah hari sampai rumah 2 pagi. what a long journey. tapi best! HAHA. macam macam hal jadi. tayar keta asik pancet *opss bukan keta aku..HIHI*, ikan ikan aku hampir mati, senerih keta orang masa smpai kat sentul. pasal senerih keta orang bukan salah aku oke. jalan dia sempit gila. sempit gila bermaksud sangat sempit. plan nak cari viva biru, tapi tak jadi sebab dah sampai sana pon dah lewat. kak juju mesti panic kalau aku p cari btoi btoi. keh keh keh~


sampai rumah jadual sebagai tourist guide memang full. hari hari aku kuar. bawak pelancong dari USA a.k.a abang rhuee melawat sanak saudara yang lama ditinggalkan. HAHA. pas tamat sesi lawatan demam truih budak tu. tak tahan panas. sekarang memang musim panas. aku sendiri pon dok depan kipas ja neh. mandi sat ja pastu dah panas balik. dok JB tak panas camneh. tapi tidak mengapa, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, better negeri sendiri kan?


hari neh nak g tengok rhude. adehhh macam malas nk kua rumah sebab panas sangat. baru pas bawak budak budak tu g supermarket. riuh dia melampau. si kecik a.k.a si gemok a.k.a si montel kalut nak lolipop. dok men tunjuk tunjuk nak elat, nak elat. siap duduk atas lantai xmo jalan. haa mampoih ~dah la aku sorang mak tak ikot. memang kalut gak la aku tadi. gemok kot budak kecik tu, nak dukung pon tak larat weh. dengan ayu cakap banyak, dok ngusik ngusik budak tu. leteh aku pujuk suruh dia bangun jalan sendiri. memang lepas neh konpom aku bawak salah sorang ja. HAHA.






p/s: pasan tak ayat aku cam pelik??
p/s/s: ikan aku survive!!!cuma selera makan dia ja kurang sket. leteh bejalan tak abes lagi kot. HAHA
p/s/s/s: rasa something missing. tapi tak tau benda apa. huhu






Monday, May 16, 2011

nescafe memang tak bole kawan dengan perot aku..huhu

...asssalamualaikum...


sangat suka dengan bau nescafe tapi cik perot tak suka kawan dengan nescafe. bila bangun pagi celik celik mata rumet bancuh nescafe, rasa sangat syahdu. tambah kalau pagi tu hujan, aroma yang di kuarkan oleh nescafe. WOW!!!. syahdu se syahdu nyer oke. tapi tu la. klau minum memang kena sign contract dengan cik tandas. tak yah open tender dah. HEHE. mau 2 3 kali ulang alik g tandas. konon konon melabur dalam amanah saham berhad. HAHA


like today, stok milo dh abes, so dah tak dak choice. nak kuar g beli milo pon macam tak berbaloi sebab besok dah nak BALIK!!!yeayy!!!suka suka suka. *jom nyanyi lagu balik kampung seround*


macam biasa dok blog walking. everyday mesti baca blog kawan especially blog junior aku. disebabkan dia memang dalam mode tak sabar nak kawen, even calon pon tak dak lagi. secara tak langsung aura bengong dia ter transfer kt aku. aigooo!! mintak mintak la ayah tak baca blog aku. klau tak mampoih. HAHA 


" itu semua angan angan. tp ini bukan. ini kehendak. keinginan hati. kemahuan diri. ini bukan main main. aku jahat. aku teruk. itu belakang. ini ke depan. ini masa depan aku. ini impian aku yang aku mahu jadikan kenyataan. sekali lagi, ini bukan angan angan yang aku cipta untuk sedapkan hati aku "- junior aku -




tak salah mencipta angan angan. sometime angan angan will lead us to fulfill our targets. angan angan yang akan mencorakkan siapa kita di masa depan. use it as our guideline. but, angan angan without efforts will never make our targets come true. sila apply concept neh untuk suma benda. =)
 


















 




 *becakap ngn bulan je x cukup.HAHA*

Saturday, May 14, 2011

i love u..=)

...assalamualaikum...


agak lama aku tak update blog. aritu nk update tapi blogger ada problem plak. bosan la. rasa sunyi. maybe sebab ain dah balik kot. aku berani tulis pegakuan rindu kat sini sebab yakin ain tak baca. so tak de la dia rasa aku tak boleh hidup tanpa dia. HAHA. 


sekarang aku ngah perah otak seperah perah nyer. dok fikir macam mana nak usung anak anak aku balik kedah neh. muka sekor sekor memang excited nak balik kampung dah. berenang sana sini. nasib baek aquarium kecik. senang la aku nak monitor behavior sekoq sekoq. sabar yer sayang. mama ngah cari jalan terbaik supaya masing masing happy dan hidup sepanjang perjalanan pulang nanti dan tak banyak kerenah. HEHE


sebenar nyer nak tulis panjang lagi. tapi tak tau nk tulis dan susun ayat macam mana supaya sedap mata dan hati membaca nyer dan mudah otak menganalisis. HAHA.


kepada kawan kawan yang tengah struggle nak siapkan thesis sila jangan berputus asa oke. buat betol betol.


yang sambung master kita jumpa lagi sem depan


yang nak keja tu. ingat ingat la aku kat utm neh. jumpa jangan lupa belanja oke. 


last but not least, aku sayang ampa suma ketat ketat. muahhhhhh!!!!!!!!!


Saturday, May 7, 2011

bunga-bunga cinta

...assalamualaikum...


jiwang x??jiwang x?? jiwanggg x????HEHEHE. tajuk entry nk cinta berbunga bunga la pulak. adoiii. jangan salah faham ye. baru pas tengok movie DALAM MIHRAB CINTA. nie la keja bila final dh abes. membuang masa itu dah jadi hobi.


overall bole tahan la jalan cerita dia. dari lima bintang aku bagi 4 bintang. mula mula a bit boring. kat part shamsul jadi penyamun tu aku skip skip. tapi kat hujung hujung dah best. 


silvi sangat comel. dia cakap pon lembut ja. sedeh sangat time silvi meninggal. a moment before dia accident, dia call shamsul nk bagitau she's going somewhere sbb nk pass kad kawen dorang. dia cakap dia sangat bersyukur kerana shamsul was her future husband. the way she told him, soo sweet. suara dia sopan ja. time dorang try baju pengantin. ya ampunnn!!!cocok bangat seh..HAHA


macam movie laen laen, shamsul tie the knot ngn zee. aku xbrapa bekenan sangat maybe sebab dah terbekenan ngn silvi kot. HEHE. 


ehmm. every OST come with their own songs. so, untuk movie neh, aku dh bekenan dengan lagu bunga bunga cinta. silvi ngn shamsul yang nyanyikan. actually aku tak berapa nak pasti btoi ka tak nama depa dalam movie neh. HEHE





* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah


** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

repeat **
repeat reff
repeat *

memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta



perasan tak lirik dia asik ulang ulang?? refer kat repeat dia. sah memang tak lama la aku suka lagu neh. sebab reja dok ulang pastu bosan. HEHE



haru biru..haha

 ...assalamualaikum...



aku konpius sama ada nak marah atau gelak. benda hidup mati budak budak neh bole dok buat main main. malam neh rajen p singgah group batch fortress. tengok tengok ada post bgtau sorang lagi kawan meninggal dunia sbb kancer otak. baru ja meninggal. memang terkejut sangat sangat.


kemarin aku tengok elok ja dia update fb. maen komen komen. tub tub arineh dah meninggal. memang la ajal maut di tangan tuhan dan kita sebagai manusia tak boleh nak lawan. tapi kalu fikir logic, org yang sakit barah neh dekat dekat nak sampai masa memang tak fikir nak maen facebook dh. kecoh 1 group dok tanya btoi ka maen maen neh. suma pakat p usha facebook budak neh. how come family dia pon xtau. boyfriend dia lagi la blurr. banyak persoalan yang timbul tanpa jawapan yang pasti!!


suma salah best friend dia. awat la cek p post kat wall budak tu camtu?? tulis macam budak tu memang dah meninggal. pastu senyap cam tu ja. last last tuan punya badan post balik kat group, bagitau suma itu dusta belaka. dia baru bangun tidoq..ceitttt!!!! patot la orang call tak angkat. dia tidoq! memang bergegar dunia facebook td. tapi aku memang dah sedekah alfatihah siap siap dah kat dia..HAHA. 


yang paling lawak ada pulak gang gang fortress neh p komen kat post budak tu "lari lari..hantu!!!!". HAHAHAHA. sakit perot aku baca komen budak budak neh.


haaaa..jangan maen maen ngn dunia facebook neh. nak post apa apa fikir dulu 44 kali. especially kalau bab ajal maut neh. sebab suma orang concern. 


macam mana pon memang lawak sunggoh. suma kalut dok tanya, call budak tu. call parents dia. mesti parents dia pon sama kalut. dok tak dok orang call tanya pasal tu. haisshhh laaa. maen maen sunggoh. perangai macam budak budak. =,="






Friday, May 6, 2011

sesaat sebelom beradu...

...assalamualikum...

eh eh.. da abes dh final exam. rasa cam baru start ja. statement mengundang orang yang baru start paper 


emo + jeles + marah. HAHA


mata da ngantok tapi ketegaq xmau p lena lagi. tiba tiba rasa bosan sampai tatau nk buat apa malam neh. sebab musabab nyer poket dah kering. standard la ujung ujung sem konpom pokai. so, incek ayah memang sentiasa kena dalam mode stand by. HEHE. 



im counting the days untuk pulang ke kedah. yeeehaaaa. sebenar nyer tatau nk tulis apa dah. tapi gegeh nak update. so, pendek ja la. post kali neh.  


eh eh. nak share 1 quote aku jumpa kt facebook. 

not everything is meant to be. but everything is worth a try
 
so, fellow friends out there, dont afraid to try something new. mana la tau kita ada extra strength and ability to fulfill it. belom cuba belom tahu. =)  






ayah little sweetheart..





Monday, May 2, 2011

nak juga..hahhh hambekk!!!

entry xdak kaitan ngn tajuk. xdak mood nk study. abeh la aku camneh. kalau kt umah bila puan mak suruh

"kakak basuh baju"
"kakak cuci keta. org dh beli bagi kena la pandai jaga"
"kakak lipat kaen"
"kakak cabut uban mak sat"

kakak tu kakak nie. setiap kali tu aku ckp sat mak. xdak mood g neh. first time alasan xdak mood puan mak mmg trima. tp bila dh 50 kali puan emak suruh dan jawapan yang sama diberikan. haaaa puan emak pon tros beremosi last2 reply camneh ja kt aku

"cmtu p kawen ngn mahmood. ari2 mood ada"

wuaaaaaaaa...mahmood mn plak neh??wuaaa..xmo2!!!diharap sumpahan puan emak xmenjadi. celah mn nk cr mahmood. mahmood jun ka??HAHA..haishhhh...ckp la nt kawen ngn anak dato ka..CEO ka. orang kaya bangsawan negara ka. nt bole bwak mak naik jet private. kita blk kampung kt guaq ngn merbok nek jet ja. xyah kalut nk jam traffic light suma tu. keh3. tp nt nk landing kt mn??kita turun guna tali ja la. hahaha..

entry bila dok becerita pasal rumah neh memang nampak sangat xsabaq nk blk. owhhh home sweet home!!


tinggal lg 2 paper. sila bersabar. jom p study!!!

clumsy??its me!

yeahhh..its me. rhushal si clumsy. haishh. suma benda yang aku buat suma kalut. sampai makan pon kalau bole nk tersembur suma nasi tu kua. tu la. makan nk makan. cakap pon nak cakap. buat satu satu bole dak?
haishhh!!wat malu kat orang ja la. xbole bawak p majlis neh. padan muka. kutuk nisa lagi. HAHA. cepat betol balasan aku dapat. kiki.

eh2. nak bagitau. ayu dah pandai berchatting. perghh advance btol budak2 zaman sekarang neh. baru darjah satu. terkejut aku bila dia dh pandai chatting. dulu aku ajar dia main game je kt facebook. sebab dok kalut nak maen game tp rhude xbagi. dia dengan rhude mana berani sebab rhude is the silence killer. thats what the whole family called him. ayu dok dekat ja ngn dia. perangai elok elok dia layan elok elok. mai dok cari pasai, sat ja bdk tu becakap, xsampai 5 minit konpom nanges sbb kena cubit. hehe. nasib la ayu dapat abang mcm tu. kakak doakan ayu redha. HAHA.

tp yang aku pelik. macam mn dia bole tau tu aku??how she can detect that i'm her sister. sbb dia maen fb guna account rhude o account ayah. klau account ayah make sense gak la sbb friends list ayah mmg xramai. tp dia guna account rhude. friends si rhude ramai kot. how she can pick the right kakak??impress kan. HAHA 


mmg aku xcaya nie ayu yang tulis. ingat ayah saja nk bagi aku jeles sebab aku memang suka makan ketam. pastu tros call umah. tanya mak mana ayah ngn rhude. mak cakap dua dua beranak dok tidoq. tanya lg mana ayu??ada dlm bilik rhude. dalam gelap dok maen laptop. haaaa!!!memang sah aku dok chatting ngn ayu. gelak besaq mak aku bila tau aku ngah chat ngn ayu. advance btoi la budak kecik neh. pastu aku pon chat ngn dia guna bahasa baku. rasa cam pelik sbb selalu nyer chatting pakai short form je. bila chat ngn budak kecik neh kena tulis penuh. takot dia xpaham. HAHA. funny sunggoh.


aku pon layan la si budak kecik neh chatting. seronok dia sbb dh pandai baca buku, dh pandai tulis. sampai eja kakak jd kakaka. HAHA


 rhuee, ayu, rhude