Sunday, August 28, 2011

best moment ever during my part time job period

...assalamualaikum...


sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari umat Islam berpuasa pastu kita suma akan berhari raya. meaning tinggal 2 hari lagi aku kena g kerja pastu tamat sudah khidmat aku kat parkson tu. heyy guys im counting every minutes and second neh sebab tak sabaq dah nak berenti. 


macam macam ragam aku jumpa. macam macam jenis orang aku berkawan. tak kira bangsa dan agama. tua muda. kena ngorat ngan bangla la *hat neh memang tak boleh blah* i've learned a lot within this working period. and today aku kena ngorat ngan budak pompuan yang sangat comel. sangat sangat comel. range umur 3 ke 4 tahun.


tengah aku dok serve customer aku dengar budak kecik mana ntah dok panggil aku "kakak kakak. jumpa pon kakak neh" aku blank sat sebab memang tak kenai langsung. anak sapa la neh kan


dia mai mai kat aku terus salam. siap cium tangan aku lagi tau. bukan sekali tapi berkali kali. agak rempang jugak budak pompuan nie ye. haha. pastu dengar mak dia panggil nama. "zulaikha jom ikot mama cari baju raya jom". oke sebenar nyer budak neh jenis yang suka lari sana sini. so aku ignore kan aje. 


5 minit pastu dia mai balik dekat aku sambil lari lari terus peluk sebelah kaki aku. haa tudiaa mampoih dah. dan aku sangat pelik awat budak neh mesra alam sangat neh. sebab kat orang lain dia tak buat macam tu pon. pastu dia cakap lagi. "kakak kakak, sayang kakak, saaaaayang kakak." sambil dok pelok kaki aku. oke time neh hati aku dah cair. auuuuu.  tak kisah la kenai ka tak budak comel neh. hehe




pastu dia duduk depan aku sambil peluk dua dua kaki. dia kata lagi "cium neh. cium neh" dok tunjuk tunjuk pipi kanan kiri dia. oke aku memang kena cium pipi dia sebab selagi tak cium, dia tak lepas kaki aku. dan budak neh sangat sweettttt!!!!!


gaya dia macam selalu sangat jumpa aku. padahal aku memang tak kenai langsung. hahaha.  



dan sekarang aku tak boleh tidoq sebab dok teringat kat dia. owhh adik jampi apa la adik bagi kat akak neh. haishhh. besok akak kena masuk keja awai.  




p/s: dear adik yang comel, semoga kita berjumpa lagi. =) 

Friday, August 26, 2011

nothing much to say. =)

...assalamualaikum...


dekat dekat nak raya neh memang tak bole masuk keja 4 jam. mesti masuk keja sekurang kurang nyer 8 jam. lebih sangat di alu alukan. haha. sakit kaki pinggang suma ada neh. mau tak nyer berdiri hari hari. dulu berdiri sat ja pon time perhimpunan jenuh komplen lenguh kaki. skang nah amek hang. berdiri la puas puas. menderitalah engkau di parkson. kah kah kah


ehmm. sapa sapa yang mencari saya di facebook ingin dimaklumkan account facebook di deactivate kan sementara waktu. for haw long??xpasti. sebab aku neh kaki facebook. first time neh gatai kaki tangan suma tu galak nak deactivate account. terpengaruh ngan kak juju la neh. tapi aku rasa malam besok konpom activate balik. tak pon pas abes tulis entry neh. hehehe. galak kan aku??




hidup nie kan tak selalu nyer indah. sat kita happy sat kita sedih. kadang kadang sedih dan happy dalam masa yang sama. tapi bila kita sedar diri. sedar tak suma yang kita nak bole dapat. automatik we will say to ourselves 

"takpa, tak dapat pon tak pa. mungkin ada yang lebih baik untuk kita sebab tu kita tak dapat apa yang kita nak tu sekarang. "

see. how positive we are. masa tu kita akan realize, eh eh aku dah matured rupa nyer. before neh tak sedar diri sebab size badan kecik. erkk. apa kaitan??haha.



Respect those people who find time for u in their busy schedule but love those people who never see their schedule when u need them. Sometimes we waste too much time to think about someone who doesn’t even think about us for a second. Don’t waste your time on things that only hurt you, and remember to forget those who forgot you. Silence is a girl’s loudest cry. You will always know she’s deeply hurt if she’s ignoring you.Don’t take people for granted. No matter how much they love you, people get tired.




People change for two reasons:
1) They’ve learned a lot   2) They’ve been hurt too much.





oke time to go. 



p/s: my bestfriend never fail to be my shoulder. always be there whenever i need them. thanks guys. should i say i love u sooo damn much??tak payah kot kan. sebab memang dah tau kan. weeee~


Saturday, August 20, 2011

how i wish...

...assalamualaikum...




"Based on psychological study, 
a crush only lasts for a maximum of 4 months. 
If it exceeds, you are already in love."
 
 
should i put an extra comment on this statement??
or should i ask how to chase away the love and start the new life by finding the new one??
owhh my. how i wish our life are soo simple as a b c. and how i wish my heart can tolerate with it. how i wish bla bla bla........
 
pertanyaan: ada tak ubat or usb connection yang bole directly connected tu my lappy from my head, so boleh la nak erase apa yang patut. hat tak mau suma bole boh dalam recycle bin. pastu terus tekan empty recycle bin tanpa rasa menyesal.   
p/s: cam lawak la pulak kepala ada lubang usb. hahaha~

Wednesday, August 17, 2011

cabaran dan ujian hari ini

...assalamualaikum...


sapa yang rajen baca entry merapu aku tak pernah mencabar, dicabar or tercabar. klau tidak ada aku rasa sangat tipu. hari hari kita diuji dengan something yang kita bole predict dan something yang kita tak bole predict. keja p la apa pon, ujian dan cabaran pasti ada. 


setiap hari aku p keja dah bole predict apa gangguan terbesar hidup aku. sebab hari aku takkan tenang kalau aunty tua durban tu tak cuti. dia sangat suka cari pasal tapi klau dia beletiaq aku buat pekak. konon konon dia bercakap sorang sorang. HAHA. im not being rude but, this is the best option aku rasa aku patut pilih dari menjawab. 


dan benda yang tak bole di predict ialah response from customer. klau customer tu species tak kisah, jenis ramah, jenis pikir masalah orang, kita akan seronok nak serve dia. rasa cam dah lama kenai. HEHE. tapi klau mai style perasan cam sultan mencemar duli sangat sangat annoying. dia nak kita layan dia seperfectnyer. salah sikit pon tak bole sampai nak panggil manager turun kalau kita tak panggil dia incek or puan. customer jenis neh rasa cam nak bagi kaki ja. sumpah sangat sangat rasa cam nak bagi kaki. 


macam hari nie. ada mak cik sorang tu nak seluar yang dah di discount 50% to 70%. seluar yang tidak di discount tapi memang dah murah takmau. di ulang dia tak mau. sangat leceh. sian kawan aku yang serve dia. seluar slack kat parkson di jahit menggunakan tali tangsi. so klau kita silap jahit, main tarik je tali tu ngan teknik tertentu, tali tu automatik akan terkeluar tanpa meninggalkan kesan walau sedikit pon.


nak di jadikan cerita, depa tersilap jahit, and at the same time mak cik tu dok tunggu tengok budak budak neh dok jahit. bole dia p marah siap mintak tukaq seluaq. gila ka pa. seluaq tu dah potong kot ikot tinggi laki dia. agak agak la. simple mistake tak yah la nak di besarkan. just tarik balik tali tu, jahit la balik. di jamin tiada kesan. lagi pon seluaq yang dia beli tu harga 40 hingget ja bukan 400 hingget. aku rasa kalau 400 hingget mesti dia mintak manager parkson tu jahit pa. nak ja aku p cakap kat dia camneh

mak cik klau kita mudahkan urusan orang, isyaallah tuhan mudahkan urusan kita. 


tapi aku rasa dia memang dah tau suma tu. tu aku judge based on her look. *know what i mean right?* sian depa. nanges nanges kat kuanter sebab tension layan mak cik tu. kita tak boleh lawan customer sebab customer always right. tapi aku still tak puas hati sebab kaki seluaq ja pon. takdak sapa nak perati la.




and the other thing did happened to me. its funny thing. ngeggg punya bangla. arineh tuan dia bawak mai parkson. ramai la neh. beli seluaq slack sorang selai. so, take time la aunty tu nak jahit kan. bole depa p main resit cash bill aku. nak tau depa buat apa?? haaaa. kan resit tu ada tiga copies, satu bagi customer, lagi dua kita simpan. 

 rupa resit cash bill kalau ampa taktau rupa dia macam mana. hehe


muka depan hat kita bagi customer tu memang tak nampak. depa tulis atas kertas lain. bila aku selak ja lagi dua resit tu penuh no tepon depa. sebab kertas lagi dua helai tu ada carbon. memang lekat la apa yang depa tulis. habeh suma dok gelak kat aku. wuaaa tak rela kena ngorat ngan mamat bangla. tak rela!!!!!!!! 


kepada mamat mamat bangla berkenaan, jangan mai parkson dah. aku takmo jumpa hampa suma dah. ngerii oke. 




piewwww~~~sangat mencabar kerja kerja yang kena deal ngan customer neh. different people, different education level, different race comes with different attitude. dekat dekat nak raya neh lagi la. kena prepare mental dan emosi siap siap. ya Allah kuat lah semangat dan emosi ku. amin. =)

Sunday, August 14, 2011

being a better person

...assalamualaikum...




ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau tarik hidayah daripadaku setelah Engkau berikan hidayah kepadaku. amin


kita tak perlukan sebab untuk berubah. kita berubah kerana kita nak berubah. dengan niat untuk berubah kepada yang lebih baik, ingin menjadi manusia yang lebih baik untuk keluarga, agama, dan negara insyaAllah Allah pasti halakan kita ke jalan yang benar. Allah dekatkan kita dengan orang yang baik supaya kita belajar daripada mereka.


alhamdulillah, ramadhan kali neh sangat sangat berbeza. dan aku sangat bahagia. for the first time aku solat berjemaah dengan ahli keluarga, berimamkan ayah, rhude. selama neh aku solat sorang sorang. klau berjemaah pon kat surau or masjid. ya Allah bahagia nya. dan ini ramadhan kedua aku sambut sebagai insan baru. ehmm, its about 1 year and 5 months aku p mana mana pon bertudung. bulan 3 tahun depan genap 2 tahun. insyaAllah kalau umur panjang. =)


alhamdulillah aku bersyukur dengan perubahan yang aku pilih dan aku tak pernah menyesal. aku berharap untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. insyaAllah. sebagai manusia yang masih dalam process berubah becoming a better person, banyak lagi yang lacking. banyak lagi yang aku perlu belajar.


dan aku sangat terharu after watched this video. sesungguh nya rahmat dan hidayah Allah maha luas dan tiada sempadan. 




“If all the people are pleased with you but Allah is not, what have you gained? If Allah is pleased with you but no one else is, what have you lost?”  -Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah
 

Tuesday, August 9, 2011

bersyukur vs. bersabar

...assalamualikum...


arineh bangun awai. weee. means after sahur dah tak tidoq dah. so bila dah tak bole tidoq facebook walking take part la kan. dok merayap rayap dalam facebook, usha profile kawan, baca articles, etc. mula mula tak rasa nak update blog pon. tapi bila dok usha usha orang i did noticed something. 


ehmmm. this entry bukan nak perli sapa sapa. just nak express kan apa yang aku rasa the moment aku terbaca komen tersebut. mula mula nak cakap owhh beruntung nyer budak budak yang dapat scholar jpa. doet claim thesis dh masuk rm300. time time sesak nak raya nie kan, doet masuk perghhh. seronok seronok seronok. =)




rintihan budak ptptn. 




im not saying yang aku tak bersyukur sebab just boleh buat pinjaman ptptn instead of dapat scholar jpa. bersyukur sangat sebab kalau tak dapat memang tak tau nk cekau doet kt mana. tapi bila baca ada yang cakap jpa jahat sebab lewat masukkan doet aku rasa sangat la tak patot. tak kisah la doet claim thesis ka, doet LI ka, or doet yang masuk tiap tiap sem. 


pada aku there is no concrete reason for you nak merungut bagai sebab doet tu doet kerajaan.  plus doet yang masuk tu bukan nyer sikit. 2 kali ganda doet ptptn. takkan la tak simpan langsung kot. jangan la merungut kuat kuat depan kami budak ptptn yang doet tak cukup sebab kami lagi la tak cukup. memang hujung hujung sem kena apply scholar pama tapi klau nak compare memang tak boleh potong amount yang budak jpa dapat. dan jangan la merungut doet allowance  LI or claim thesis tak masuk lagi sebab kami budak ptptn memang takkan pernah ada pengalaman macam tu. dah la pinjam rm28k kena bayar balik rm33k++. please shows us who took ptptn some mercy.




tapi apa yang aku paling terasa, iyelah aku bukan orang kaya, kalau apply biasiswa pama pon memang cukup cukup makan ja. tu pon sebulan sebelum habis sem. so, nak belanja orang selalu tu memang tak mampu la. in advance im so sorry guys. tapi jangan la cakap depan depan aku nak belanja orang tu orang nie tapi secara direct tanpa segan silu cakap takmo belanja aku sebab aku tak pernah belanja ampa. sebab aku tak pernah bagi ampa apa apa. 


at that moment aku sangat tersentap tapi tak tunjuk sebab doet orang. and i knows the limit. this is what people called true friendship right. konsep memberi dan menerima harussss di apply dalam setiap benda dan aktiviti harian. uhuks!


betol la apa yang orang cakap, susah sebenar nyer nak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi neh. bersyukur nie tak sama ngan bersabar. sebab suma orang boleh bersabar tapi sangat susah nak bersyukur. aku pon kadang kadang terlupa nak bersyukur ngan nikmat yang Allah bagi neh. sebab tu tinggi darjat orang yang bersyukur dari orang yang bersabar. ehmm~ 

Saturday, August 6, 2011

serabutlah!!!

...assalamualikum...



arineh g kerja sepanjang hari emo. emo sebab kena marah sebab aku g semayang lama sangat. actually tak le lama mana pon. aku semayang zohor ngan asar sekaligus. it took about 30 minutes. g pon orang pon tak ramai mana. 


pastu lagi sekali kena marah sebab g semayang maghrib after berbuka. aku rehat pukul 7 sampai 8. berbuka 7.36 ptg. mana le sempat nak semayang, nak makan, nak pakai tudung suma tu. so aku decide amek wudhu siap siap kat rumah then sampai parkson terus semayang. bole pula la kan dia marah sebab tu. rasa cam nak berhenti. tapi nasib baik after tu dia cakap elok elok balik ngan aku. so, tunggu 2 3 hari lagi, if this incident did occur again, memang aku nekad nak berhenti. senang cerita kan. mak pon cakap baik berhenti ja. sebab depa tak paham. susah la. 


dah la aku serabut ngan benda lain neh. mula mula terkejut, pastu happy sat, back to reality sememang nyer aku terkejut plus konpius. that thing had never crossed my mind. even once. sumpah. pastu campuq ngn kes hari neh. aku memang serabut sangat sangat..rasa macam nak menjerit kuat kuat



AAAAaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!! 

 p/s: benda yang bagi aku terkejut tu buat aku pikir 50 kali untuk jatuhkan hukuman. huhu~

Thursday, August 4, 2011

tacing!

...assalamualaikum...


sobs! balik balik keja dah tacing. mau tak nyer. balik keja bejalan kaki dalam ujan gelap gulita plak tu. mula mula tak kisah langsung bejalan dalam ujan tu. tapi bila sampai rumah tengok tengok ayah dok rilex ja main facebook. tersentap gak la hati. pastu p tanya basah ka? erkkk. ujan kot. opkos le basah. pastu bole p kata padan muka kat aku. owhhh hati aku yang mula nyer tersentap sedikit terus beremosi segala bagai. emo emo terus masuk bilik tak kuar kuar sampai la ayah masuk tidoq. 


dah tak heran dah kepala kena hujan. tak pikir demam suma tu dah. duduk diam diam dalam bilik layan emosi sorang sorang sampai dah tak tacing. agak childish sebenar nyer. so bila pikir pikir dah tak emo. owhh sebenar  nyer masih emo. 


change the topic please. topic emo emo kalu asik dok discuss sampai ke sudah dok emo tu la. better solution is pretending nothing had happen. uhuks!




jom cakap pasal perigi cari timba nak? gegeh nak cakap pasal neh pon sebab baru pas baca blog junior. haha. her writing was soo nice. dan aku suka ayat dia  yang neh


Inilah yang terjadi bila jumlah lelaki makin tak keruan. Kejap macam ramai, kejap macam sikit sangat. Kat mana ramai? Try usha kat penjara, kat pusat pemulihan dan kat atas moto malam malam. Kat mana yang sikit? Kat universiti, kat politeknik, kat matrikulasi. Lepas tu korang nak marah kenapa perempuan sekarang desperate semacam? Bhahahaha. Pergi salahkan saudara korang yang tak reti jaga diri, diri sendiri tak reti jaga macam mana aku nak harap jaga aku nanti?


betol jugak kata dia, women now adays rasa tak secure dan takot nak settle down cepat cepat. yet aku still tak terpikir nak apply concept neh. dan aku harap nie bukan option yang aku harus pilih. whatever it is concept neh tak pernah salah. just masyarakat sekeliling nyer narrow minded yang buat concept neh jadi awkward dan nampak salah. kat oversea sana nu belambak yang dh apply. belambak yang bahagia dunia akhirat. so, tak payah la nak rasa diri tu alien klau dah terapply concept neh. HAHAHA~


p/s: dont misjudge my father. dia tak macam tu sebenar nyer. just malam neh sense of humor dia decrease kot sebab letih puasa. hehe~

Tuesday, August 2, 2011

ceria nyer...

...assalamualikum...


tadaaaaa!!!!ceria tak template blog aku??ceria sunggoh kan. ada rama rama,ada butang baju, ada paper clip, zip, benang, suma suma lah. klau bole katil, bantal busuk suma tu nak boh skali tapi tak bole. hat tu ja yang bole boh, banyak banyak kang nanti berat plak nak loading. hehehe *alasan semata mata sebab tu ja yang ada dalam free blog template. kikiki*


1st day berbuka kali neh agak berlainan. sapa cakap tak dak orang nak teman. siap dapat makan kepsi free lagi. thanks kepada afiq sebab bernazar nak belanja kami suma makan kepsi. len kali nazar la lagi nak belanja makan pizza pulak. HEHE. 



sangat berlainan puasa kali neh. masa rehat ada 2 waktu. koi 7 sampai 8. lagi satu 5 sampai 530 p beli makanan, pastu koi 8 sampai 830 p makan. time nak buka puasa curi curi makan dulu. just nak batalkan puasa. 



1st day puasa p bazar. wow macam macam nak beli. suma tengok sedap kot. macam macam ada. pastu perot pulak dok bunyi bunyi krokkk krokkk tanda lapar. siap g amek bubur lambok free. mula mula nak amek sorang satu, konon konon tak cukup. nasib baik amek satu ja. tu pon sorang makan satu sudu. memang tak bole nak isi dah sebab perot penuh dengan air. 




oke lepas neh beli setakat yang mampu ja. tok sah dok ikot nafsu sangat. sila ikot capacity perot sendiri. beli banyak banyak pon bukan nyer abes. membazir itu amalan syitoooonn.


p/s: thanks to kinah, ilah, farahin, wan and hamdi sebab accompany aku buka puasa. tak dak rasa cam anak yatim piatu sangat. kena tinggal ngn mak ayah. hehehe. eh eh jugak afiq sebab belanja makan kepsi. nyummm nyummmm nyummmmmm =)

Monday, August 1, 2011

ramadhan ya ramadhan. =)

...assalamualaikum...


 sedar tak sedar dah masuk bulan ramadhan dah kan. rasa macam semalam raya tengok tengok hari neh dah start puasa balik. bukan puasa enam tapi puasa 30 hari. pada yang boleh puasa penuh sila lah puasa penuh dan penuh kan bulan puasa tahun neh ngan amal ibadat dan kumpul pahala sebanyak nyer.


solat tarawih jangan tinggal. opps!!pesan kat diri sendiri sebenar nyer. tapi tiap tiap tahun selalu fail. awal awal pegang puasa je semangat p. pastu penyakit malas bermaharajalela. HUHU. sebab liat sangat nak p wat. 


tahun neh kerja. cup cup jangan salahkan kerja ye. banyakkan amalan sunat. tapi make sure amalan wajib di dahulukan. Islam itu simple. bare that in your mind and heart. kalau sebelum neh liat nak buat yang wajib, bulan puasa bulan mulia neh pasang niat nak penuhkan ibadat wajib. satu rakaat pon takmo tinggal. pastu sambung la buat yang sunat. sebagai contoh baca al-quran. buat slow slow janji istiqamah.


biaq la orang nak kata apa pon. biaq la orang nak compare ngan budak kecik sebab depa dah master pasal Islam lagi banyak dari kita bla bla bla. janji kita ada usaha nak ubah diri sendiri. its better late than never right? besar ganjaran pahala oke. sebab amalan kita akan di hitung even sekecik kecik hama. yang penting ikhlas. =)


arineh 1st sahur ngan family since dah 4 tahun tak sambut 1st ramadhan ngan family. ya Allah syukur nyer. tapi nanti buka puasa sorang sorang. sebab suma balik berbuka dekat kampung. aku keja tak cuti. HUHU. agak agak ada tak yang sudi berbuka ngan aku??sobs!!tacing nyerrrr~~


whatever it is. selamat datang ramadhan. tak kisah la buka posa sorang sorang pon. baru sari dah nak kecoh kan. bayangkan anak yatim piatu yang memang tak bole sambut langsung ngan family??lagi la sedeh. ya Allah beruntung nyer aku. =)



p/s: ramadhan kali neh aku nk belajar control emosi. sebab kalau marah ka apa ka memang tak pandai control langsung. muka nak masam ja. haishhhh. bawak bersabar la sikit. hati jangan cepat panas. =)