Wednesday, August 17, 2011

cabaran dan ujian hari ini

...assalamualaikum...


sapa yang rajen baca entry merapu aku tak pernah mencabar, dicabar or tercabar. klau tidak ada aku rasa sangat tipu. hari hari kita diuji dengan something yang kita bole predict dan something yang kita tak bole predict. keja p la apa pon, ujian dan cabaran pasti ada. 


setiap hari aku p keja dah bole predict apa gangguan terbesar hidup aku. sebab hari aku takkan tenang kalau aunty tua durban tu tak cuti. dia sangat suka cari pasal tapi klau dia beletiaq aku buat pekak. konon konon dia bercakap sorang sorang. HAHA. im not being rude but, this is the best option aku rasa aku patut pilih dari menjawab. 


dan benda yang tak bole di predict ialah response from customer. klau customer tu species tak kisah, jenis ramah, jenis pikir masalah orang, kita akan seronok nak serve dia. rasa cam dah lama kenai. HEHE. tapi klau mai style perasan cam sultan mencemar duli sangat sangat annoying. dia nak kita layan dia seperfectnyer. salah sikit pon tak bole sampai nak panggil manager turun kalau kita tak panggil dia incek or puan. customer jenis neh rasa cam nak bagi kaki ja. sumpah sangat sangat rasa cam nak bagi kaki. 


macam hari nie. ada mak cik sorang tu nak seluar yang dah di discount 50% to 70%. seluar yang tidak di discount tapi memang dah murah takmau. di ulang dia tak mau. sangat leceh. sian kawan aku yang serve dia. seluar slack kat parkson di jahit menggunakan tali tangsi. so klau kita silap jahit, main tarik je tali tu ngan teknik tertentu, tali tu automatik akan terkeluar tanpa meninggalkan kesan walau sedikit pon.


nak di jadikan cerita, depa tersilap jahit, and at the same time mak cik tu dok tunggu tengok budak budak neh dok jahit. bole dia p marah siap mintak tukaq seluaq. gila ka pa. seluaq tu dah potong kot ikot tinggi laki dia. agak agak la. simple mistake tak yah la nak di besarkan. just tarik balik tali tu, jahit la balik. di jamin tiada kesan. lagi pon seluaq yang dia beli tu harga 40 hingget ja bukan 400 hingget. aku rasa kalau 400 hingget mesti dia mintak manager parkson tu jahit pa. nak ja aku p cakap kat dia camneh

mak cik klau kita mudahkan urusan orang, isyaallah tuhan mudahkan urusan kita. 


tapi aku rasa dia memang dah tau suma tu. tu aku judge based on her look. *know what i mean right?* sian depa. nanges nanges kat kuanter sebab tension layan mak cik tu. kita tak boleh lawan customer sebab customer always right. tapi aku still tak puas hati sebab kaki seluaq ja pon. takdak sapa nak perati la.




and the other thing did happened to me. its funny thing. ngeggg punya bangla. arineh tuan dia bawak mai parkson. ramai la neh. beli seluaq slack sorang selai. so, take time la aunty tu nak jahit kan. bole depa p main resit cash bill aku. nak tau depa buat apa?? haaaa. kan resit tu ada tiga copies, satu bagi customer, lagi dua kita simpan. 

 rupa resit cash bill kalau ampa taktau rupa dia macam mana. hehe


muka depan hat kita bagi customer tu memang tak nampak. depa tulis atas kertas lain. bila aku selak ja lagi dua resit tu penuh no tepon depa. sebab kertas lagi dua helai tu ada carbon. memang lekat la apa yang depa tulis. habeh suma dok gelak kat aku. wuaaa tak rela kena ngorat ngan mamat bangla. tak rela!!!!!!!! 


kepada mamat mamat bangla berkenaan, jangan mai parkson dah. aku takmo jumpa hampa suma dah. ngerii oke. 




piewwww~~~sangat mencabar kerja kerja yang kena deal ngan customer neh. different people, different education level, different race comes with different attitude. dekat dekat nak raya neh lagi la. kena prepare mental dan emosi siap siap. ya Allah kuat lah semangat dan emosi ku. amin. =)

4 comments:

  1. haha..rasa nak gelak guling2 part bangla tu..hahaha..serius lawak!

    ReplyDelete
  2. hahaha. tau xpa. patot mula2 rs pelik sebab depa dok gelak2. ingtkan pasaipa. ceittt. nie rs cm nk anti bangla selama nyer neh. haha

    ReplyDelete
  3. tu la. senget btoi mamat bangla tu. hahaha

    ReplyDelete