Saturday, October 15, 2011

keberkatan yaasiin (dr. fatma elzahraa)

...assalamualaikum...

ha nie la benda berilmiah yang aku nak share kan tu. since article nyer dah ada depan mata. niat perlu di teruskan. takot nanti dah malas. hehe. nie hasil ringkasan dari pembacaan aku. =)

ayat 1 -9
untuk keselamatan diri. 

ayat 9 
bagi orang jahat tak nampak kita, especially orang kafir. 
lindungi rumah dari pencuri. baca dan tiup di tiap tiap penjuru rumah

ayat 12
jantung Yaasiin. Rasullullah s.a.w berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat

ayat 22-23
untuk menjaga akidah memberi hidayah kepada anak


ayat 29
sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. nak tutup mulut orang yang selalu cakap benda tak elok pasal kita


ayat 30
untuk keinsafan. supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. harus sentiasa berada di hati. means, kena hafal dan amalkan selalu

ayat 33-35
elok diamalkan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. insya'Allah tanaman akan subur


ayat 36
elok diamalkan bagi sesiapa yang belom berkahwin supaya dipertemukan jodoh. caranya, baca dan berdoa, hembus dan sapu dekat muka sebelom keluar rumah. 

cara lagi satu: tiup 7 kali dalam tangan, dan sapukan ke muka pada pagi hari.
kata ya Wadud 3x. =)


ayat 37
untuk menetapkan aqidah diri sendiri. hati yang kering akan hidup semula. insya'Allah


ayat 58
merupakan salam kepada Allah. jika sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. ulang sebanyak 3 kali. juga baik untuk selesema. insya'Allah mujarab. =)


ayat 76
dibaca untuk mententeramkan hati dari fitnah orang. juga, jika hati terasa sedih, sebak dan keciwa, sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat ini.


ayat 78 dan 79
bagus untuk sakit tulang, urat dan tulang patah. 


ayat 82
untuk hajat. jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. di baca pada air dan minum selama 40 hari. boleh menjadi penawar. kalau air dah habis belom sampai 40 hari, ulang balik bacaan tersebut. means buat yang baru.


lebih baik: sembahyang tahajud 3x, baca pada air 100x dan berdoa apa saja.



untuk perlindungan diri dan rumah semasa tido

baca ayat 9
alfatihah
3 qul 3x
ayat kursi




sepatot nyer aku share malam jumaat. ampun ampun sebab article tertinggal dalam kereta. tadi masa nak kuar dari kereta cepat cepat amek. selamat beramal. kepada sesiapa nak cari jodoh, baca la ayat 36. aku dah boh color merah lagi tu. hehe  










No comments:

Post a Comment