Monday, October 17, 2011

kenapa kena guna tajuk macam tu??

...assalamualaikum...

balik from dinner muka happy. hati senang. sebab perot kenyang. burpp alhamdulillah. masuk masuk bilik. buka lampu disambut riang sang ikan ikan dalam aquarium. dari gaya renangan aku tau depa lapaq gila. haha.

penat melayan kerenah perot lapaq ikan ikan, aku semayang maghrib and after that on lappy dan activity mengadap muka buku pon bermula. 

layan punya layan then aku notice 1 link di share kt fb. to tell the truth is. aku tak penah amek port dlm mana mana isu politik. even isu hukum hudud. tak mo komen banyak. aku sangat tak pueh hati ngan tajuk link tu. ya ya negara tu nak amal kan sistem hukum hudud, sangat bagus. dan aku respect sangat.

tapi dalam banyak banyak masa kenapa sekarang??kebetulan mungkin. dan aku tak suka gila tajuk link tu. tak suka tak suka tak suka. "lebih takot laknat Allah". aku rasa macam ada udang di sebalik mee. tolong la jangan buat tajuk macam tu. sebab selama neh pon negara tu tak pernah amal kan. BARU nak amalkan. tulis ja la kami ingin berubah ke arah yang lebih baik dan di redhai Allah. haaa itu kan lebik bagus.

tapi kita harus menyokong niat murni mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan. Malaysia one day maybe. Insya'Allah. since this coming 13th December 2011 agung baru dilantik, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bakal membawa perubahan besar dan positve dalam sejarah perundangan Malaysia. Insya'Allah. sesungguhnya kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. =)  


p/s: aku tulis apa yang aku rasa. takmo gaduh ngan sapa sapa. since ini adalah blog, bukan fb. hehe

No comments:

Post a Comment