Saturday, November 26, 2011

salam tahun baru. =)

...assalamualaikum...

salam tahun baru semua.
new year, new chapter n the new me.. insya'Allah..
semoga tercapai semua hajat yang diimpikan.*ayat a bit skema kan?*kalau tak dapat tu cuba lagi. insya'Allah dapat. mungkin Allah simpan dulu sebab belom tiba masa nyer lagi. atau mungkin kita belom bersedia dengan hajat yang kita minta tu. hehe.
jangan lupa baca doa akhir tahun hijrah ye. baca doa nie pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. baca doa neh beberapa minit sebelom masuk waktu maghrib

maksud doa: 
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
bila dah selesai solat maghrib baca la pula doa awal tahun hijrah. fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan dan Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindungi kita daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.baca doa neh bila dah selesai semayang maghrib sebanyak 3 kali. 
maksud doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.  
sumber disini ya. 
semoga tahun baru kita diberkati Allah. dan azam tahun baru aku, nak grad!!!murah rezeki cepat dapat keja. doakan kejayaan aku. insya'Allah sem neh sem last aku sebagai undergraduate student. amin. 
 

Thursday, November 24, 2011

settle.

...assalamualaikum...

just came back from hospital sultanah aminah, jb. ramai gila orang. macam ulat taik. haha. aku pas reference letter doctor yang incharge aku kt hospital sultan abdul halim, sp kat kuanter. ingat bole jumpa my new doctor hari nie. tunggu punya tunggu. dia panggil nama. tak bole jumpa doctor pon. just set an appointment ja. ce teka bila??
.
.
.
1.3.2012!!!
.
.
.
tediaaaa. tahun depan nu. lama gila. jenuh nak tunggu. alamat nyer memang aku tak p dah la. haha. 

tengok la macam mana. tahun depan punya cita. tahun depan la pikir kan? sekarang takmo pikir lagi. buat cepat lapaq ja. haha

baik aku p hospital sultan abdul halim ja. sebab tahun depan kan. hehe. 

Sunday, November 20, 2011

finally, she's married!!

...assalamualaikum...

happy + bahagia + sedikit sedih. reason aku sedikit sedih sebab aku tak dak masa one of my besties get married. even masa nikah aritu dan masa kenduri nanti. reason aku tak dak aku jauh di selatan, plus tinggal 6 minggu macam tu untuk aku habiskan semester neh. means will finish up my degree level or people said my undergraduate period. owhhh tak sabar nyer. busy dengan assignment and project antara factor aku tak bole attend her wedding. wuaaaa sedeh nyer. 

jom cuci mata tengok gambar nikah dia. =)

 


nak g nikah. muka berseri nyaaa!!!
muka nebes. nebes la sangat mak cik neh. haha. depan masjid. 


best picture!!banyak banyak gambar, nie yang aku suka. syukur alhamdulillah suma dah selamat. tahniah ummi.




segak sungguh aih mak cik neh. orang tua tua cakap seri pengantin. hehe. macam pelakon bollywood pon ada aku tengok. whatever it is, im soooo happy for you darling. and sorry sangat sangat sebab aku tak dak on your special day. 

p/s: tiba tiba rasa nk kawen jugak! haha. *sambil ketok pala* jangan dok berangan. perabeh degree dulu. pastu baru cari calon. hehe. ehmm. calon pon tak dak. so tak yah nak berangan lebih lebih. -_-

Thursday, November 17, 2011

hadiah terbaik

...assalamualaikum...


hadiah terBAIK dari cik psm dan cik dip3.
.
.
.
.
.
.
.
.
jerawat di hidung dan dagu. (-.-)'


result: hidung besar gila, dagu sakit!!nk pakai tudung pon susah.



terima kasik cik psm dan cik dip3. hadiah anda sangat aku hargai. 

Tuesday, November 15, 2011

berasap telinga

...assalamualaikum...

apa rasa nyer ya klau bole stay kat oversea??aritu g hong kong kejap je. so tak bole la nak explore their culture. cup! rasa nyer macam tiada icon or symbol that can represeant the real hong kong. i mean there is no traditional lifestyle at there. correct me if im wrong. lain la kalau g china. korea. japan. besides hong kong's environment lebih kurang malaysia jugak. tak banyak perbezaan. but their technology are impressive. dan yang best shopping!!!!shopping sampai pengsan. haha. dan hong kong ada disney land. yeayy!

actually agak berasap telinga aku bila dok jalan jalan dalam facebook then notice someone status. tak salah nak bangga dok oversea. tapi kalau nak kondem lebih lebih pada aku tak wajar. p belajar kat sana guna doet kerajaan, kerja sana, get married, dah tak keja. bagi aku sangat a waste. tapi klau dok sana diam diam much better kot. tapi jangan la dok compare suma benda dengan malaysia. dari dok compare compare better wak balik apa yang bagus sangat kat sana dan applied kat malaysia. itu baru orang kata membalas balik jasa. 

for example: 

first time nie aku balik malaysia naik airasia. sapa sapa yang penah naik airasia ce kongsi pengalaman. seat dia oke x??ke nak kena bawak naik febreez skali sembur kt seat dia??ntah2 kat malaysia pon xdak febreez. haha 

erlowwwww~~~klau dah takot sangat jangan la naik airasia. naik la mas airlines or other flight yang sewaktu dgn nyer. and one more thing. malaysia dah maju la. setakat febreez tu becambah haihhh. 

berapikan semangat cintakan negara sendiri??hehe. memang la seronok duduk oversea. bak kata pepatah. hujan emas negara orang, hujan batu negara sendiri, baik lagi negara sendiri. betol ke tak pepatah neh?? lebih kurang la kan.

tapi lecturer aku suruh kejar hujan emas kat negara orang dalu. bila dah kaya balik la malaysia. jangan lupa wak balik apa yang hebat sangat kat sana. apply kat sini. means yang positive la. kikiki. 

oke telinga dah tak berasap dah. tata~

Tuesday, November 8, 2011

salam aidiladha semua

...assalamualaikum...

selamat hari raya. maaf zahir batin. rasa macam buat ucapan raya puasa pulak. hehe. persetankan semua itu. kihkihkih. minta maaf hari hari pon tidak mengapa. dosa sesama manusia lagi berat dari dosa dengan Allah. sesungguh nyer Allah itu maha pengampun lagi maha penyanyang. sampaikan ada para ulama mengatakan teruskanlah amalan sunatmu jika yakin tiada hati yang pernah engkau sakiti. wowww! lagi sekali mintak ampun semua. =)

actually i have something to share. copy paste from my friend's facebook. like people said, sharing is caring. 

"Nabi nabi dan Rasul rasul berkorban untuk menyebarkan dakwah dan syariat islam, para2 sahabat berkorban dan diseksa demi mempertahankan agama islam mereka, TAPI umat islam masa kini sanggup mengorbankan agama islam demi kepentingan diri sendiri" (petikan khutbah aidil adha, Wallahu'alam)

"Sesungguhnya aku MENASIHATI kamu, bukanlah bererti akulah yang TEBAIK dikalangan kamu...Bukan juga yang paling SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah MELAMPAUI batas untuk diri sendiri...Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia SEMPURNA, nescaya TIDAK akan ada pendakwah...Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi PERINGATAN..." - Imam Hasan al-Basri
  
im know some people who read this might feel irritating towards me. tapi...semua orang layak berdakwah as long as they used the right language and approach to convey their preach. wei different people different approaches. that's the beauty of human Allah has created. =)

Wednesday, November 2, 2011

phewwww~~

...assalamualaikum...

phewww~~ bunyi kelegaan. alhamdulillah. minggu yang busy se busy nyer baru berakhir. rasa macam nak teriak 50 round ja minggu neh. keja skolah ada dua ja tu tak terasuk projek tapi rasa macam ada 50. aigooo. dengan dugaan tak dak air. bangun bangun pagi kalut nak p presentation air takdak!!!ya Allah memang kalut aku pusing 1 blok cari air. gila ka nak p class, presentation plak tu tak mandi??kalau stakat nak g class aku still bole pejam mata tak mandi. tapi sebab ada presentation. NO!!

minggu neh 2 malam berturut turut tak tido malam.  arghhhh memang mati sel otak. nak kena minum susu baby hat mahai tu dah rasa nyer. friso gold ka, anmum essential ka yang ada DHA++ tu. bagi sel otak berkembang balik. kekeke. pastu dengan takdak air. klau ada pon macam chipsmore. sat ada sat takdak. then black out!!!yeahh terbaik!


kesian project aku. terabai. konpom supervisor aku tercari cari mana la budak neh. mau kena wat notis who found this girl will be rewarded kot kan. baru aku p jumpa dia. haha. ampun cik sam ampun


haaa dalam dok super duper busy aku dan lagi p stadium baru utm. lawa gila. rasa macam masuk stadium shah alam dah. pasneh tak yah kalut kalut nak p stadium jauh jauh. utm pon dah ada. p sana dengan niat nak jogging. tapi sempat la snap a few pictures. 



dari jauh nampak sangat smart. blame my camera resolution. tak mampu nak bagi cantik lagi. sobs! mula mula tengak. wuaaaaaa~~*gaya perak gang running man. haha* sangat cantik



 dalam stadium. cantik kan??kan kan kan??haha. nie guna panorama method. yang ada 3 frame pastu amek gambar joint skali. di sebabkan tak pandai nak cari match point inilah hasil nyer. tak perfectly match. adehh. jom p tengok kolam renang pulak. 







tadaa!!!budak budak laki class aku dah p rasmi dah sem lepas. masuk berenang malam malam pak guard tak dak. aku tak reti berenang. so tengok  ja la. not officially rasmi lagi. so budak budak utm ja la baru tengok. tunggu utm buat press conference majlis perasmian nanti. insya'Allah masuk paper. hehe. 


malam besok balik kedah. yaeyyy!!rindu nyer rumah. =)