Thursday, November 22, 2012

hari yang indah

...assalamualaikum...

for the first time since i've came to jeli, g jalan jalan kat tanah merah. kawasan dia tak de la hebat mana pommm. tp after 3 bulan dok dalam hutan * ehmmm jeli still hijau thats why i called hutan. hehe * aku jadi jakunn jap. haha. sebab tanah merah ade kedaiiii kedaiiii kecik yang macam kat taman u or other states yang membangun dekat malaysia neh * hehe * dan aneka dan kfc dan pantai timur.

sapa sapa yang tak penah dengar aneka dan pantai timur tu. meh sini aku nak sekolahkan ampa. aneka dan pantai timur tu adalah PASARAYA. aku sampai dah lupa bau supermarket macam mana. hahaha. pathetic gila kannnn. masuk masuk sedut udara supermarket rasa macamm aaaaa hidup aku dah lengkap. hahaha. aneka tu biasa je. so pantai timur much better sebab dia besarrrr.. hehe

even aku bukan peminat fast food and since dah sampai tanah merah, memang kfc le yang aku cari. gila ka apa tak g makan kfc. rugii la klau tak g kannn. hehehe. masuk, order and like usual makan tak abes. *typical me* bungkus  bawak balik. and dalam sejarah, aku supper kfc dekat jeli. hahaha. hebat bukann?

tapi nak g selalu macam tak je. dari jeli ke tanah merah about 45 minutes. jauh jugak la. untuk menikmati keindahan hidup sebulan sekali boleh la nak g sana kann. dulu dekat utm hari hari aku ulang alik g jj., rindu pulak kat utm. hehe.  

Wednesday, November 14, 2012

jeli.

...assalamualaikum...

its been an ages tak update blog. mood tak datang maa. nie sebab puaih dok saja. tulis la sebaris dua. jadi lahh. one word about jeli. BOSAN.

nasib bek wawa transfer banyak cita korea. thanks mek. really appreciate it. haha

but dok jeli bagus untuk mata. sebab sekeliling hujauuuu. pagi pagi sejuk gila. kabus keliling. memang boleh refresh udara dalam badan. haha.


puaihh baca article tengok bukit. tengok bukit bila dah puaihh baca article. haha


Saturday, September 8, 2012

stalker

...assalamualaikum...

pernah tak dengar lagu pastu search lirik through internet sebab nak tau tajuk lagu tu apa??ada jenis manusia yang macam neh dan aku pon spesies neh jugaklah. dengar lagu best best tapi tak tau tajuk. buka google search lirik, then tros download.

there's a song, every time aku dengar konpom terimbau kenangan lama. ceeewwaahhhh. haha. jeng jeng jeng *kasi suspen sikit*

tempat practical aku dulu sempoi. sampai bole pasang lagu kuat kuat biaq satu opis dengau. ada sorang senior aku neh keja kat situ, dia suka pasang lagu kuat kuat. kalau lagu yang dia suka tu mau sari dok ulang pasang sampai dia balik.

pastu ada la satu lagu neh aku dengau sedap. sebab dia suka ulang ulang, aku terus ingat dalam otak and nak tanya tajuk lagu rasa macam tak perlu sebab aku boleh search through google just to find out that song's title. bila dah jumpa tulis tajuk dalam note pad. masa tu innocent lagi tak berani nak download kat office takot kantoi so salin la dalam note pad balik keja nak download kat rumah. hehe

and one fine day dia mintak kertas sebab nak tulis apa taktau. sambil dia dok belek belek note pad aku, dia nampak tajuk lagu tu. punya lah kecoh sebab dia cakap lagu tu memang tak kuar kat radio, dia sorang je yang dok layan. terus dia tuduh aku STALKER. dok ulang bagitau orang lain aku stalk dia. nasib baik la time tu tak ramai orang kat office. so aku tenang je la sebab perangai dia memang macam tu, pastu yang ade wawa and 2 3 orang colleague ja. hehe

for the first and the last time aku kena cop stalker. haha. semua sebab lagu neh

and today, accidentally my mp3 played this song. that's why i post this entry. random gila. kekeke~

Monday, September 3, 2012

muara hati

...assalamualaikum...

still belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya sebulan kan. so selamat hari rayaaa!!! haha. kueh raya ada lagi neh. sapa sapa nak meh le umah i. tolong perabeh apa yang ada. kekeke


after 4 years. completed. kami sedondon!!

raya tahun neh meriah. chik pon balik beraya kat malaysia. =)

menjadi rebutan between aku, abang rhuee dan ayah. of course la ayah kalah. haha. 
si comel aizuddin.


by the way. thanks to all fb-ans sebab rajen share lagu muara hati. mula mula aku tak rasa nak dengar pon. tapi sebab ramai sangat dok share aku pon dengar. and now, dah suka pulop. sila lah dengar. aku dah share tu. hehe



Sunday, July 29, 2012

ayu bertopengkan ayah

...assalamualaikum...




macam comel ja ayu nak babab ude. hahahahaha. ayah mangsa keadaan. bulan bulan posa neh ayah hanya mampu redhaa dan pasqahhh. kekeke

selama berpuasa semua. =)

Tuesday, July 24, 2012

love letter

...assalamualaikum...

celik celik mata nampak ayu dok sengeh sengeh. dengan rasa yang sangat malas nak layan aku buka sebelah mata ja pastu dengar mak dok bising soh ayu mandi p ngaji. haha.

ayu: kakak satgi buka facebook tau. ayu antaq message kat kakak. buka tau.
aku: ehmm.
ayu: jangan lupa buka.
aku: oke. *mood still malas nk layan*

then aku cam terpikir apa la budak neh tulis. dia antaq message ka dia tulis kat wall aku. risau gak sebab budak neh bukan leh caya sangat. aku bangun mandi pastu sembang ngan mak sat. gossip sikit sikit. bulan posa xleh gossip banyak banyak. haha. check fb tengok tengok ayu antaq benda neh guna fb ayah 



aku tak ajaq dia benda benda camneh especially icon suma tu. dia tulis sendiri. haha. dapat love letter camneh sangat terharu. tu baru adik, kalau anak sendiri??haishhh ilang geram marah suma tu. hahaha


p/s: kids never lie. ekeke

Monday, July 9, 2012

love is in the air

...assalamualaikum...



a picture speaks  thousand words
and
love is in the air
nampak tak 'love' dok terbang terbang sekeliling kami??  =)

cameraman tak dak dalam gambaq. sian abang rhuee. stay di belakang tabir sajoo lah. hehe.
 

Saturday, July 7, 2012

mati itu pasti

...assalamualaikum...

actually aku tak tau nak susun ayat macam mana. tapi hati aku nak sangat sangat update blog. dengan kelajuan internet yang kalah dengan kelajuan siput babi. lagilah aku tak tau nak surf apa sebab fed up dok tunggu loading.

nie bukan 1st time aku hilang kawan. hilang kawan untuk selamanya dan kami dipisahkan oleh janji Allah. kematian. mati itu pasti dan itu janji Allah dan janji Allah yang tak pernah dimungkiri. kita manusia yang selalu tabur janji lepas tu lupa. memang itu sifat manusia. 

aku sedih. memang aku sedih tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab Allah dah tamatkan penderitaan dia yang selama neh dia tanggung dan aku sebagai kawan hanya mampu berdoa supaya sakit dia diringankan oleh Allah.

tapi aku jugak cemburu. ajal maut dan jodoh di tangan Allah dan arwah diberi peluang dan peringatan supaya menpersiapkan diri sebelum maut menjemputnya. Ya Allah sesungguhnya beruntunglah manusia yang diberi peringatan dan hidayah oleh Allah. aku yang masih hidup yang kononnya sihat kadang kadang terlupa bila bila masa ja maut datang menjemput.

kita semua milik Allah dan dunia adalah tempat persinggahan sementara. bila tiba masanya, Allah akan ambil balik hak-Nya dan siapa kita nak halang.

pemergian arwah adalah peringatan untuk orang sekelilingnya yang giliran kita semua akan tiba tapi masanya adalah rahsia. semoga roh mohammad irwan bin zaini dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. sesungguhya daripada Allah kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali. alfatihah.


Sunday, July 1, 2012

a giant step?

...assalamualaikum...


malam neh tak bole tido. dah dua malam berturut turut aku tido awal sampai tak bole tengok germany punya game. aku rasa maybe sebab tu kot germany kalah. HA HA. kecewa memang kecewa tapi apa boleh buat. no luck. lagi pon bola jah so no big deal man! phewww~~

a baby step was not a good term for me to use it. since im not a baby anymore. malu pulak nak compare kaki baby dengan kaki aku. memerlukan 5 6 7 8 kali kaki baby kot untuk disamakan dengan kaki aku. hehe. so let used a giant step. yess! a giant step seems suit me very well. im making a first giant step in my life. errr. really??

kenapa first giant step??sebab aku diberi dua pilihan which is utm and umk and i choose umk. yes! rugikan aku lepas utm. aku dah tau selok belok utm. dah expert jalan dalam taman u. dah tau kedai mana nak baiki kereta in case it broke down. nak cari makanan g cari kat mydin. nak cari baju g cari dekat jusco. sedih gumbira ada kawan kawan. bla bla bla. tapi i need a new environment. ada benda di utm yang aku nak tinggalkan. sebab benda tu buat aku tak boleh nak move on. 

yeaahh. ada benda aku nak tinggalkan teros and aku bukan jenis yang pandai nak share personal matter except with two persons. satu dekat utm. satu dekat umah. buat keep talking the same thing with them a bit annoying and i know they really wanted to tell me that and they need a new and fresh story to share with. HE HE.

dan aku kecewa dengan utm. aku claim gaji untuk dua bulan tapi bagi aku sebulan gaji ja. cancel gaji lagi sebulan tapi tak bagi aku langsung. at least called and sempat la aku nak cari solution before bos aku berenti. dasar PEMALAS!!


patot guna image giant step. tapi tak comel. so baby step pon baby step la. hehe


aku tak boleh nak predict what might happening to me in future. umk oh umk. please be nice to me. =)

Saturday, June 23, 2012

germany. yeayy!

...assalamualaikum...

yeahhh. aku menulis dalam keadaan teruja. sekali pandang aku dah tau german menang. di ulang. sekali pandang aku tau german menang!! HAHA. dan time aku menulis, game belom tamat. abeh la greece. 4-1 tu. mana sempat nk kejar beb. lawan dia germany. SUSAH LAHH! teruja betol aku. haha.

aku tak nampak podolski malam neh. tak tau pasaipa. sebab aku tak tengok opening game. konon nak tido awal. siap pesan kat ayah, update result pagi nt. tapi mata tak mau lelap. dan dari pemerhatian tak professional aku, germany saja simpan player hebat hebat sebab muller pon masuk second half. pastu main tukar tukar player. sebab memang dah target menang kot. HE HE.




player pujaan. lucas podolski. >.< 

senyum senyum kejit mata pulopp. kekeke


Wednesday, June 20, 2012

el nino??

...assalamualaikum...


sekarang neh musim panas. panas yang memang panas. kalau dulu baju tido bole ulang pakai paling minimum 2 kali tapi sekarang tak boleh dah. konsep pakai buang harus di apply. meaning skali pakai terus masuk mesin basuh. tak sanggup dah aku nak pakai 2 kali.

deodorant ngan body mist memang dah jadi best friends aku since aku balik kedah. deodorant kalau pakai selalu pon tak elok dan dia di design untuk apply bawah ketiak ja. tak leh nak sembur satu badan. bahaya!! so body mist la penyelamat sebab body mist takda alkohol dan bole sembur satu badan. a body mist is usually used after you shower. it puts moisture back into your skin after the shower washes it away (keeps your skin from being too dry) almost like lotion except you dont have to rub it in. used particularly in hot climates or when traveling *aku cilok jawapan kat yahoo!* apply kat satu badan sebab dia tak menutup liang roma.

kalau taknak pakai deodorant, at least pakai body mist. sian kat orang sekeliling nak kena hidu bau badan kita yang menyakitkan hidung. mungkin kita rasa badan kita tak busuk, hakikat nya orang sekeliling dok tahan nafas ja bila dok dekat ngan kita. banyak jenama kat supermarket contohnya izzy body mist ngan dove. try la usha ye. hehe

selain tu, banyakkan minum air. air masak tu paling bagus.  malas nak type panjang panjang pasal minum air. suma dah sedia maklum air penting untuk badan. keke

sekarang memang tak berjalan mana pon. nak kuar umah pon malas. panas. lagipon doet tak ramai jadi mode berjimat cermat diaktifkan!!! nak raya dah neh. nasib baik tak keja lg. anak sedara pon takda lg. fuhh selamat. tak yah bagi doet raya kat sapa sapa lg. haha.

Sunday, May 20, 2012

merantau lagi.

...assalamualaikum...



keputusan telah dibuat. my next kawasan bermastautin is kelantan!!! yeahhh gomo kelantan gomo la pasneh. haha. keja merantau je kau rhushal. hehe. selagi mampu merantau lah. pegi menuntut ilmu. yang penting family approve. dah dapat berkat plus pahala dah kan. orang paling happy ayah la. dok imagine aku konvo lagi skali. hadoiii. siap plan nak pakai baju apa pulak nanti. haihhh! but...

before g kelantan aku cuti 2 bulan lebih beb dok umah. hahhh. hambek kau. dok umah belajaq masak ngan mak*muka malu malu tengok lantai*. harapan plan belajaq masak tidak tergendala. haha.

tapii....

aaaa actually kan.

aku still tak leh imagine hows life kat kelantan. since aku memang tak penah jejak kaki g kelantan. sorang sorang survive. makan suma tu. mati lah kau rhushal. HA HA. *gelak tak ikhlas*

tapi tidak mengapa. di mana ada kemahuan disitu ada jalan. tawakal. *muka siyes* insya'Allah aku boleh.


Monday, May 14, 2012

breakfast.

...assalamualaikum...

sambil sambil breakfast jom layan CNBLUE seround. tengok konset depa kt jepun. terima kasih kepada cameraman cause they do such a good jobs by focusing on each member of cnblue. aaaa terpukau. pheewww~


aku tau akan ada yang emo bila baca entry neh. kehkehkeh. ini KPOP ori bukan MPOP copy paste. hahaha~

p/s: the reason why im adore this group cause they are soooo cool. just a boy band without over and fancy appearance.ehhmmm of course their good looking. tipulahh kalau tak tengok rupa kan. hehe.  =) 

Sunday, May 13, 2012

dah konvo!!!

...assalamualaikum...

saya dah konvo. yeayy!!

alhamdulillah.

syukur.

aku happy, mak ayah happy. aku boleh tengok betapa happy nya ayah. betapa happy nya mak. syukur ya Allah sebab memberi kesempatan kepada aku untuk membahagiakan dan mengembirakan ayah dan mak. bagi kedua orang tuaku merasa duduk dalam dewan dengan rasa bangga walaupun anak mereka grad with second class upper not first class degree. aku bersyukur ya Allah sebagai kakak kepada adik adik aku, aku mampu memberikan contoh dan semangat kepada mereka untuk berjaya. tak banyak sikit pon jadilah. aku nak adik adik aku berjaya kalau boleh lagi baik dari aku.

aku bersyukur ya Allah dijodohkan untuk bertemu kawan kawan yang sentiasa ada semasa senang dan susah. dari kecil sampai sekarang aku sentiasa di dampingi kawan kawan yang baik. alhamdulillah.


my strength.

my energy

delivered from SP with love. thanks syoo. 


gambar gambar lain dah upload kat facebook. =)

Thursday, May 3, 2012

pre-konvo

...assalamualaikum...

pejam celik pejam celik aku dah nak konvo dah. hari neh dah 2hb tinggal lagi 5 hari lagi.

 yeehhhaaaa!!!

rasa tak sabaq baq hang nak konvo. sebelum neh aku tolong amek jubah orang. so sekarang aku amek untuk diri sendiri. hehehehe.





but the process nak amek jubah tu perghhh. mencabar kesabaran sebab panas nyer JB hari tu agak melampau. dan aku agak kalut nak g amek jubah awal awal sebab takot saiz S abes. HAHA.



tadaaaaa~~~ rupa sebenar jubah aku. besar kan??tu saiz S tu. haha. sian mokG. tuan dia takdak aku buli dia bagi pakai jubah. gambar mokG berdiri tu kat belakang ada od ngn hani. hehe. gemok kan mokG. nak upload gambar aku pakai jubah kena jahit sikit sikit jubah tu dulu. bagi kecik sikit. baru ngammm. haha.

oke. berhenti di sini dulu ya. nak g amek akid kat seri putri. lambat kang ngamok budak tu. kekeke~

Thursday, April 26, 2012

hmm...

...assalamualaikum...



oke. nak share tapi cek maluuu~~~hehe. share kat blog pon boleh lah. the truth is. aku memang tak reti cakap lembut lembut. hehe. tak reti cakap slow slow. sapa sapa yang terasa ngan tone dan bahasa yang aku guna. mintak ampun zahir dan batin. jangan disimpan dalam hati.

haaa lagi satu. lately neh aku nyer sense of humor a.k.a sifat sensitivity kurenggg sikit. dont know why. sampai tak perasan dan tak alert situasi orang sekeliling. melawak tak kena tempat. SORRY.

nak kena duduk bertafakur. panggil sense of humor tu mai balik kat aku.

 i need u.

 please come back to me.*muka series*

Tuesday, April 17, 2012

haishhh la~

...assalamualaikum...

*ayat cliche* its been an ages since me update my blog. last entry was about my obsession to lee min ho. adoii la. mood menaip tak mari. macam mana nak menaip??kekeke *ayat cliche end. HAHA*

rasa rindu gila sungai petani. since aku baru lepas view blog syoo. aaaaa. lama nya tak bergambar, meronggeng, lepak kedai makan. makan rojak. nyummm nyummmm. klau di hitung hitung, tak sampai 2 bulan pon aku stay kat sp dalam masa setahun. sampai konpius hujung minggu kedah sabtu ahad or jumaat sabtu. this confusion will make syoo nak hawing aku jauh jauh. HAHA.

hala tuju still blurr. samada in future aku still stay kat JB or moving to kelantan. jeng jeng jeng. buat apa tu kat kelantan??for sure both places still far far away from kedah. *deep sigh*

tiba tiba aku tanya diri sendiri. am i making the right decision?? aku sedikit blurr dan hampir lost. aku dah rancang semuanya and now its turn out not like the way i had planned. first time aku rasa macam neh. lost dan tak tau nak buat apa.

and there are question that keep buzzing my mind, in future what type of person that i will be??perancangan itu ada. aku serahkan semuanya kepada Allah. without having faith in HIM, our life is nothing.

Friday, March 30, 2012

my obsession

...assalamualaikum...

my knee melting everytime I watched him smilling

*dush..dushh...galak lah kan. HAHA*

.
.
.
.
.

senyum tak perlu kata apa apa

~~~lee min ho~~~

Saturday, March 10, 2012

reality

...assalamualaikum...



in this reality world
without we realized or noticed
we become friends with others because we share the same thought
we closed with others because we share the same visions and ambitions
how hard we denied it
the truth is
we tend to choose them because we trust them
we choose them because we feel safe in any circumstances
we choose them to keep our little dirty secrets

 

 because not everyone can accept the ways we thinks and we do


Monday, February 27, 2012

love light

...assalamualaikum...


just listened to the song. falling in love with the lyrics and its melody. nice. really nice.

Wednesday, February 22, 2012

simple update

...assalamualaikum...

simple update before aku masuk tido.

dah 4 hari aku sampai jb. tak buat apa apa pon. selain makan, tido, lepak lab, main facebook. hehe. bila dah main facebook neh macam macam la kita jumpa kan. and one thing that never failed to make me feel irritated and annoyed bila orang yang kita menyampah muncul dalam home kita. tak kisah la dia update status ka, comment kat sapa sapa pastu kuaq kt time line, post dalam group yang kita join ka etc. rasa tu memang tak boleh nak buang. take times kot. the truth is. aku menyampah gila. sekian.   

Wednesday, February 8, 2012

sharing is caring

...assalamualaikum...

another sleepless night i guest. dalam kepala dok pikir pikir. suma benda yang takmo pikir aku akan terpikir time nak tido. so, better aku share something in here, thus tidak menjadi sia sia dan mendapat keberkatan. amin.

sapa suka minum madu???aku dulu tak suka. wawa dok promote aku wat tak tau je. but now aku dah suka. since i already known it khasiat boleh sembuhkan penyakit dalam badan. madu lebah asli sangat bagus especially for woman. sapa sapa yang ada penyakit berkaitan period tak stabil, doctor diagnose ada something dalam rahim which is tiada kaitan langsung ngan mengandung. kalau mengandung tu bukan penyakit oke. he he. elok la bancuh 1 camca madu dengan air suam. minum pagi pagi. before minum, baca surah al-fatihah sekali, ayat kursi sekali, dan ayat 69 surah an-nahl 21 kali (baca yang dalam kurungan tu). ayat neh pendek ja.

maksud ayat:

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.” (untuk ayat dalam kurungan)


baca yang dalam kurungan merah tu sebanyak 21 kali. pastu minum. insya'Allah sembuh. tapi kena la yakin. jangan amalkan sekali ja. sila amalkan banyak kali. aku dah amalkan. Alhamdulillah.


selain tu ada lagi ayat ayat syifa yang lain yang bole digunakan sebagai penawar. aku jumpa time tengah dok google google. ayat 69 surah an-nahl nie pon ayat syifa jugak.


Surah al-Tawbah : 14  
” Dan (Allah) melegakan (menyembuhkan) hati orang yang beriman”.

Surah Yunus : 57 
” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”

Surah al-Isra’ :
“Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”

Surah al-Syu’ara : 80
“Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”

Surah al-Fussilat : 44 
“Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”


 selawat syifa (maksud ayat)
” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”


sharing is caring right??selamat beramal. =)

Thursday, February 2, 2012

vanila coklat

...assalamualaikum...

aaaaaaaaaaaaaaaa
sekarang aku sangat addicted to cita vanila coklat.
comeiiiiii gila cita tu.
abeh la abeh la
rhushal dah kena sampuk
suka nya kat amer *bukan nama sebenar. apa yer nama dia?*
dia sangat cool. aaaaaaaaaa
nak bising bising kt fb satg orang cakap aku meroyan pulak. 
kekekeke
seriously comeiiiiiiiiii
suka suka suka.
tedia over la pulak. 
haha


Wednesday, February 1, 2012

i'm home!!!

...assalamualaikum...

finally i'm home. alhamdulillah. semua dah settle. punya la banyak kali postpone nak balik kedah. sampai kena juai balik tiket bus. tapi semua tu berbaloi. aku tak rasa rushing sangat. in fact aku sangat serabut. hehe. 

dah terbang semua nya. yeayyyyy!! and aku ada something nak share. thanks to my little ayu. for those jokes. first bila masuk bilik air, nak cuci tangan. aku notice this toilet rule. dia tulis dekat botol sabun. kah kah kah


aku patot amek awai awai lagi. so ink kt botol tu tak ilang. oke dia tulis macam neh

ayu dan noriha (mak aku) 
jangan guna
kalau guna 
awas nasib orang itu!!!

hahaha. ayat macam bahasa indon. pengaruh cita sinetron banyak sangat neh. sampai ayah aku nak guna pon tak bole. padahal beli guna doet ayah aku. kekeke. lagi satu. aku jumpa dalam buku catatan dia. perghhh buku catatan tu. aku kecik kecik dulu pon tak dak buku catatan. haha


ayat dia tak tahan. gelak guling guling aku ngan rhude baca. ada banyak lagi yang dia tulis dalam buku catatan tu. senarai nama yang balik sekolah dengan ayu la. kawan karib ayu la. macam macam lagi la.

kreatif kan budak neh. haha~

Sunday, January 22, 2012

sweet 24th rhushal. =)

...assalamualaikum...

how time flies kan. tup tup im turned 24 already. and first time aku lupa my birthday. so impressed with my self. aku tak pernah lupa my own birthday. even once. but this year, i do. and aku sedar pon sebab banyak notification kt facebook. 

mula mula ingat org dok post iklan or tag jual barang. rupa rupa nyer all of them wish me a happy birthday with beautiful doa they attached. tiada apa yang lebih bahagia daripada di doakan oleh mereka mereka di sekeliling kita kan. =) 

suma sebab final year punya projek. i did my best. do everything just to make sure ilmu aku dalam project tu tak sesat. dan tak malu bila orang baca they will said. she got the idea. and in future people can used it as reference. ehmmm maybe. hehe

thanks to all yang celeb my birthday that day. really appreciate it. but, there something terrible occured. aku tak tau nak class kan whether it terrible or not. kareta aku kena langgar dengan pegawai keselamatan utm. sedih memang sedih. aku rasa memang kuat dia langgar sebab kembara yang dia bawa tu pon bole kemek dan dalam. tapi dah hantar g ketok just tak cat balik. that officer promise me yang dia akan cat. hopefully dia keep his promise. 




 after kena ketok. uncle ketok tu just cat macam tu ja. as camouflage purpose. takde la orang notice sangat kesan ketok tu. but the scar still remain a scar. kan?
tak mo fikir banyak. everything happened always contain its own massages. so aku tak put the blame on him even aku memang tak salah langsung. lagi pon dia tak lari. tunggu aku kat bawah blok. deal dan bayar. but to forget it just like that, ehmm it will take time.

 cute birthday cake. just for us.






mereka bulatan gumbira dan sedih aku. be with me in everything while i'm away from my family. thanks semua. 


Saturday, January 14, 2012

redha keluarga

...assalamualaikum...





one thing that crossed my mind while im watching this video.

redha keluarga itu janji kebahagian hidup

she did everything that her family told her to do. 
kita yang ada ilmu, study kat universiti, sometime do something behind our family awareness. 

tak kisah la how she end up her life, get married with whom, bla bla bla. pandang siti in positive ways. kita malu sendiri. dia berusaha untuk dapat apa yang dia nak. always behind her family, never crossed the line. kejayaan and more kejayaan she gain. envi with her. this biography did inspired me. my aim. everything yang aku buat in future, aku mesti end it with my parent smile. 


insya'Allah.

"Kalau cinta Allah diutamakan , keredhaan Ibu bapa didahulukan , insyaAllah cinta abadi sesama manusia sentiasa menanti "

Friday, January 13, 2012

its over

...assalammualaikum...

its over!!!
yeahhh syukur alhamdulillah. 
panel impress and interested with my study.
ada yang suggest continued with this title for master.
ehem!!!
but~~~
banyak gila kena tambah. 
panels said just nak bagi my study lagi interesting and takot kalau ada yang ikot jejak langkah aku in future, mereka tidak sesat. HAHA. funny lah.
oke. 
time to sleep. 
sangat leteh. 




motif post lagu neh???
just nak share. cause i love the lyrics.
aku memang suka benda sedih sedih neh. HAHA


 

Tuesday, January 3, 2012

manja kan

...assalamualaikum...

please ignore the entry's title. it just a title that i made up. just a title. oke. straight to the point. i have an issues. i can do anything except eating alone and tapau makanan. owhhh. itu adalah masalah terbesar dalam hidup aku dan tak boleh di atasi buat masa sekarang. manja kan aku. oke title tu did mocking me!!booooo~


aku rasa macam sangat pathetic when im eating alone. rasa sedih je. tapi kat umah tak pa. sebab close air kot. tak ramai orang. and when tapau. terus selera makan kureng. pasai pa tak tau. argghhh. 


in public tolong la sapa sapa teman aku makan. aku sangat rasa macam anak yatim piatu bila makan sorang sorang. wuaaaaa. *orang macam neh pon ada kan. haishhhh* =,='




peneman setia aku di sini. mereka mereka itu. tak larat nak tulis nama sekoq sekoq. actually depa pon dh tak larat nak layan kerenah aku dah. hahaha.